Part 18

3.4K 196 17
                                    

Pagi yang sebelum ini tenang bertukar menjadi kelam-kabut apabila Rizqi masih lagi di dalam bilik sedang berlatih untuk akadnya sebentar lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi yang sebelum ini tenang bertukar menjadi kelam-kabut apabila Rizqi masih lagi di dalam bilik sedang berlatih untuk akadnya sebentar lagi. Daripada tadi dia ke hulur ke hilir di dalam biliknya. Sudahlah malam tadi dia tak dapat lena kerana memikirkan akadnya pagi ini.

Rizqi hembus nafas kuat. Cuba tenangkan diri yang semakin berdebar. Entah mengapa baru hari ini dia terasa debarannya. Sebelum ini tidak pula seteruk ini.

"Okay, Rizqi... kau kena bertenang..." ucapnya pada diri sendiri. Dada diusap lembut.

"Let's practice for the last time!" Bersemangat dia bersuara. Tangan digenggam kuat membentuk kekuatan.

Rizqi angkat tangan seperti hendak akad. Dia berdeham perlahan.

"Aku terima nikahnya Mohd Shafiq... eh! Apa pula Mohd Shafiq kau ni, Qi?" Dia mengetuk dahinya sendiri. Geram dengan diri sendiri yang bebal semacam pagi ini.

"Okay, okay... lagi sekali!" Dia hembus nafas kuat sebelum kembali angkat tangan seperti hendak akad. Bibir dijilat perlahan.

"Aku... nikahkan dikau dengan... eh! Apa benda kau merepek ni, Qi?" Dia menggaru belakang kepala. Dia nampak tak terurus sangat ketika kini gara-gara debaran di dada yang kian terasa.

"Kau nak jadi pengantin ke kau nak jadi tok kadi sekarang ni?" Dia membebel pada diri sendiri. Akhirnya dia terduduk lemah di atas katil. Butang baju melayu yang paling atas dibuka. Berpeluh dia berlatih macam tengah latihan rekrut.

Seketika dia mengeluh perlahan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu yang diketuk dari luar hanya dikerling sekilas.

"Ya Allah, Qi, kenapa tak siap lagi ni? Sekarang dah pukul berapa? Nanti lambat!" Bebel Larissa seraya melangkah masuk ke dalam bilik anaknya. Mahu luruh jantung melihat Rizqi yang masih duduk di atas katil dengan sampin yang belum dipakai dan songkok yang masih terletak elok di atas meja.

Rizqi garu kepala.

"Kenapa ni, Qi? Qi okay tak?" Soal Larissa prihatin. Takut juga kalau anaknya tidak sihat.

Rizqi angguk perlahan seraya tersenyum kecil.

"Dia berdebar lah tu." Sampuk Randika di muka pintu.

"Lah, mummy ingat apa lah tadi. Dah bangun, mummy pakaikan sampin." Arah Larissa. Sampin yang digantung elok di almari dicapai.

"Dah nak jadi suami orang pun masih nak mummy tolong pakaikan ke, Rizqi Lutfan?" Ujar Larissa.

Rizqi tersengih.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now