Part 6

3.5K 222 6
                                    

Baru setapak kaki melangkah masuk ke rumah, dia diserbu dengan soalan daripada Larissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru setapak kaki melangkah masuk ke rumah, dia diserbu dengan soalan daripada Larissa. Tidak sempat dia hendak tenangkan diri, duduk dahulu. Mummynya seperti tak sabar mahu tahu apa yang mereka 'buat' sepanjang di luar. Kalaulah Larissa tahu yang dia mahu balik cepat-cepat tadi, pasti dia dileter.

"Rizqi, baru balik?" Soal wanita itu seraya mendekati anaknya. Disebabkan rasa teruja yang tak dapat dibendung, dia jadi tak boleh lena sampai Rizqi pulang. Tak sabar nak tahu tentang date yang tak dirancang.

"Yes, mummy." Pintu ditutup lantas tangan Larissa dikucup hormat.

"Macam mana keluar tadi? Okay? Fira macam mana?" Berdas-das soalan ditembak pada anaknya. Hendak tunggu Rizqi sendiri buka mulut, memang lambat lagilah.

Rizqi mengeluh. Tangan menggaru belakang kepala. Namun, kaki tetap melangkah ke tangga.

"Okay aje, mummy." Ringkas dia membalas. Dia pun tak tahu jawapan yang bagaimana yang Larissa mahukan.

"Okay aje? Cerita lah dengan mummy, pergi mana aje? Buat apa?" Soal Larissa lagi. Kaki mengikut langkah Rizqi mendaki tangga.

"Tengok wayang. Makan. Itu aje lah." Langkah dibawa ke bilik. Dia sebenarnya dah tak sabar nak landing atas katil sekarang ni. Penat!

"Lagi?"

"Lagi apa? Itu aje, mummy..." naik pening juga dia hendak melayan soalan Larissa.

"Ish, Rizqi ni! Takkan tak ada sesi perkenalan ke..." dia mengharapkan jawapan yang positif daripada anaknya tapi nampaknya macam ke arah negatif saja?

"Sesi kenal apa, mummy? Kita orang bukan tak kenal each other." Hairan juga Rizqi mengapa semua orang sibuk tentangnya dengan Shafira sedangkan sebelum ini tak ada pun. Padahal mereka kenal lama dah cuma tak rapat dan tak bertegur.

"Maksud mummy, kenal lebih rapat? Any positive feedback?"

Rizqi hembus nafas berat. Tombol pintu dipulas sebelum dia melangkah masuk dan dihempas tubuh ke katil. Tangan didepang luas bersama mata yang dikatup rapat. Soalan Larissa dibiar seperti angin lalu.

"Rizqi..." panggil Larissa. Lengan lelaki itu digoyang sedikit. Dia inginkan jawapan.

Rizqi hanya gumam perlahan.

"Rizqi Lutfan..."

Rizqi buka mata. Pandang Larissa bersama mata yang kuyu.

"Mummy, Qi penat sangat sekarang ni. Can we talk about this later? Or should we just end it here?" Dia kalau boleh tak mahu ulaskan apa-apa tentang ini lagi.

"Kenapa pula? Takkan Qi masih tak suka dengan Fira?" Pintas Larissa.

"Hati tak boleh dipaksa, mummy. Mummy nak tengok anak mummy bahagia, kan? So, can you just let me decide my own happiness?" Lembut dia membalas soalan Larissa. Walaupun sebenarnya Rizqi penat, dia tetap hormat akan mummy dan cuba untuk tidak kurang ajar.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now