Part 40

3.1K 161 17
                                    

Derapan tapak kaki yang semakin mendekati hanya dibiar sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Derapan tapak kaki yang semakin mendekati hanya dibiar sepi. Kepala terngadah kepada pemandangan di hadapan mata. Bangunan yang megah berdiri dan mencakar langit itu ditenung dingin. Tangan yang disilang ke dada digenggam kuat sehingga menimbulkan urat di sekitar lengan.

"Macam mana dengan perempuan tu?" Soalnya dingin.

Dua orang lelaki yang merupakan anak buahnya hanya tunduk merenung lantai. Tak berani hendak mengangkat wajah walaupun tuan mereka berdiri membelakangi mereka.

"Dia... dah keluar hospital, tuan." Perlahan salah seorang anak buah lelaki itu menjawab.

Lelaki itu mengangguk, menerima informasi anak buahnya. Nafas dihela dalam dan kuat.

"Tuan nak suruh kami buat apa-apa ke pada perempuan tu?"

"Tak perlu. Dia bukan sasaran aku. Dia cuma umpan. Tapi umpan yang satu tu pun korang tak mampu hapuskan, jangan berangan nak teruskan. Nanti tak pasal-pasal orang syak." Dingin nada suara yang keluar dari dalam rengkung.

Kedua-dua anak buahnya hanya mengangguk. Tak berani membantah. Suara serak basah yang terpacul keluar saja sudah menaikkan bulu roma. Apatah lagi jika suara itu mengaum kuat.

"Jika umpan tak kena, kita cari umpan yang lain dulu." Bibir mengukir senyum senget. Sinis menghiasi wajah.

"Jangan buat apa-apa sampai aku keluarkan arahan. Faham?"

"Fa... faham, tuan."

"Blah." Halau lelaki itu. Pantas kedua-dua anak buahnya berlari keluar dari situ. Sempat mereka tundukkan kepala tanda hormat. Lima belas minit, paling lama yang mereka mampu bertahan untuk duduk dalam satu ruang bersama tuan mereka. Lebih daripada tu, nafas akan mula menjadi sesak. Bukan apa, aura yang dibawa lelaki itu amat dingin sehingga mampu mencengkam urat saraf. Amat mengerikan!

Suasana kembali dingin. Mata masih terpaku ke hadapan. Seketika bibir jungkit dengan senyum sinis.

"Randika Daniel..."

•••

Bunyi riuh di dapur menggamit perhatiannya sejurus dia melangkah masuk ke dalam rumah. Siapa pula yang ada dekat dapur? Selalunya hanya dia seorang saja dalam banglo dua tingkat ini. Dapur pula jarang sekali untuk dia jejak. Hendak masak? Lambat lagi jawabnya.

Selangkah demi selangkah dia mendekati dapur sebelum matanya menyoroti tubuh sasa seseorang yang membelakanginya. Dahi semakin berkerut lebat. Apa yang dia buat dekat sini malam-malam macam ni?

"Dah balik?" Tubuh dipusing menghadap figura yang berdiri kaku di belakangnya. Bukan dia tak perasan isterinya sudah pulang sebaik saja bunyi kuakan pintu kedengaran.

Malia hanya diam. Masih terkejut. Sudah lama Azrael tak pulang ke rumah. Kali terakhir adalah ketika lelaki itu membawanya makan di luar. Itu pun mereka masih dalam perang dingin. Mimpi apa entah lelaki itu membawanya keluar makan selepas isu pertengkaran mereka tempoh hari. Sebut tentang pergaduhan mereka, tiba-tiba dia teringat pula tentang Azrael yang hilang berhari-hari dan tak balik ke rumah. Dia pun tiada niat hendak bertanya, takut nanti akan dimarahi pula. Lelaki itu mana pernah berbaik dengannya. Ada saja yang tak puas hati walaupun dia hanya diam tak melakukan apa-apa.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now