Titisan air hujan yang membasahi tubuh langsung tak dihiraukan. Langkah kaki diatur lemah menuju ke pintu rumah. Sebaik saja kakinya melangkah masuk, terus suara isteri dan susuk tubuh ibunya menyapa.
"Azrael, you pergi mana baru balik sampai basah kuyup ni?" Kelam kabut dia mendekati suaminya. Azrael masih kaku berdiri dengan kepala yang tertunduk.
Natalia di belakang Malia hanya diam menyaksikan suami isteri itu.
"Azrael, you okay tak ni?" Rambut suaminya yang jatuh ke dahi diraup ke belakang. Habis basah seluruh tubuh Azrael. Entah mengapa sejak dua menjak ini, dia sering rasa tak sedap hati dan sentiasa merisaukan suaminya.
Tiba-tiba, Azrael panggung kepala memandang isterinya. Hanya seketika sebelum dia merenung wajah Natalia pula. Lama. Sehingga tak sedar, air matanya menitis. Namun, hanya dibiarkan. Wajah masih beriak kosong. Seperti mati rasa.
Sampul berwarna coklat seperti bersaiz kertas A4 di tangan kemudian dibuka. Isi di dalam dikeluarkan lantas diserahkan kepada Natalia. Malia hanya diam melihat. Tidak dinafikan, dia juga keliru.
Lambat-lambat Natalia menyambutnya. Hati berdebar tak sudah ketika membaca bait ayat yang tertera pada kertas tersebut. Hampir hendak luruh jantungnya membaca isi kertas itu sebelum pandangannya kabur digenangi cecair jernih. Penuh rasa bersalah, kepala menengadah memandang anaknya.
"Kenapa, bu?" Suara serak basahnya menyapa, jelas menahan tangis. Sudah berapa kali dia menangis hari ini.
Terpejam mata Natalia. Kertas di tangan tidak semena-mena jatuh ke lantai. Malia yang melihat terus mengambilnya lantas dibaca isi kertas itu. Terbeliak biji matanya. Telapak tangan naik menekup mulut. Pantas pandangan dihalakan kepada suaminya.
"Kenapa dia? Kenapa dia yang jadi ayah Fal? Kenapa?" Lemah dia menyambung. Mengharapkan secebis jawapan. Jawapan yang sekian lama ditunggu.
"Dia tak salah, Fal. Ibu yang salah!" Jawab Natalia, bersama air mata yang mengalir lesu membasahi wajah.
"Ibu tahu tak, ibu buat Fal rasa jijik dengan diri Fal sendiri? Ni, darah yang mengalir dalam badan Fal ni, Fal rasa jijik! Fal benci!" Naik beroktaf-oktaf nada suaranya diselangi tangisan kecil. Dada ditumbuk kasar.
Natalia menutup mulutnya yang mahu menghamburkan tangisan.
"Sekarang ibu cakap dengan Fal, kenapa dia yang jadi ayah Fal? Kenapa, ibu?! Kenapa buat Fal macam ni?! Kalau ibu dengan lelaki tu cuma nak melampiaskan nafsu, kenapa Fal yang jadi mangsa? Kenapa?!" Kaki mendekati Natalia. Bahu ibunya digoyang beberapa kali, mendesak jawapan.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...