Part 60

3.3K 159 12
                                    

"Rissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rissa..."

Luluh hati melihat isterinya langsung tak menyahut panggilannya. Wanita itu hanya menayang wajah dingin tanpa berperasaan. Walaupun begitu, mata tetap berkaca-kaca.

Randika labuhkan duduk di sebelah isterinya di birai katil. Larissa masih kaku memandang ke hadapan. Tak menoleh ke arah suaminya walaupun seinci.

"Rissa, percayalah cakap abang. Abang cuma ada Rissa seorang. Rissa lah satu-satunya perempuan yang abang cinta. Takkan ada wanita lain hingga hujung nafas abang, sayang." Pujuk Randika dengan suara serak basahnya. Sebenarnya, dia sedang menahan perasaan. Kala ini, segalanya bercampur-aduk. Perasaan marah, sedih dan kecewa, bercampur menjadi satu.

"Abang terjumpa Natalia dekat Dubai. It was a coincidence. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran abang untuk berjumpa dengan dia. Kalaulah abang tahu tu satu perangkap, abang takkan dekati dia, Rissa. Percayalah cakap abang." Bersungguh-sungguh dia menjelaskan, dengan harapan isterinya akan mempercayai. Kerana dia sedar, kala ini, kepercayaan isteri dan anak-anaknya telah goyah.

"Abang minta maaf sebab..."

"Kita dah janji kan untuk hadapi apa jua masalah bersama-sama? Tapi kenapa abang sorokkan daripada Rissa? Rissa tak penting ke bagi abang sampaikan abang belakangkan Rissa macam ni?" Cantas Larissa, kesal.

Randika geleng laju. Jarak di antara mereka semakin dirapatkan. "Rissa penting sangat-sangat untuk abang. Sebab tu abang sembunyikan masalah ni. Abang tak nak lukakan hati isteri dan anak-anak abang. Rissa, cuba Rissa cakap dengan abang, apa lagi abang patut buat bila benda ni berkaitan orang ketiga? Terlalu banyak dah penderitaan yang abang dah beri pada Rissa, abang tak sanggup nak tengok Rissa sedih lagi."

"Habis tu, dengan cara abang macam ni, abang rasa Rissa akan gembira?" Laju dia memintas lagi.

Randika menyengap. Liur ditelan payah.

"Iya, Rissa kecewa bila dapat tahu kebenaran ni. Tapi Rissa lagi kecewa bila Rissa tahu abang belakangkan Rissa macam ni. Rissa kecewa abang langsung tak nak berkongsi masalah dengan Rissa walaupun abang tahu kita dah janji nak susah senang sama-sama. Dan lebih membuatkan Rissa kesal, abang lepas tangan macam tu aje. Abang tak terfikir ke perbuatan abang tu akan memberi kesan di kemudian hari?"

"Habis tu, Rissa nak abang buat apa? Bertanggungjawab? Kahwin dengan dia? Duakan Rissa? Macam tu ke maksud Rissa? Kalau itu yang Rissa maksudkan, tak! Abang takkan sesekali buat macam tu!" Keras dan cukup nekad nada suaranya.

"Lagipun bukan abang yang nakkan dia, dia yang perangkap abang! Kalau dia gugurkan kandungan dia, benda ni takkan jadi rumit macam ni! Dia yang porak-perandakan semua benda!" Terlalu mengikut emosi, tanpa sedar, suaranya ternaik seoktaf.

Larissa terbangun dari duduk. Istighfar dibuatnya apabila mendengarkan kata-kata suaminya yang seperti sudah hilang iman di dada.

"Astaghfirullahhalazim, abang! Abang cakap apa ni?! Istighfar, abang! Ya Allah..." Larissa menggeleng kesal. Untuk sekian kalinya, air mata kembali menitis.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now