Part 27

2.7K 150 10
                                    

Skrin televisyen di hadapan mata tidak menarik perhatian lagi apabila isterinya muncul dengan segelas air yang masih tak dikenalpasti apakah ia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Skrin televisyen di hadapan mata tidak menarik perhatian lagi apabila isterinya muncul dengan segelas air yang masih tak dikenalpasti apakah ia. Dia angkat kening membalas pandangan Shafira.

"Tu untuk abang. Ni untuk Fira." Shafira ambil tempat di sebelah suaminya.

"Air apa ni, sayang? Kenapa pelik warna air ni?" Rasa ragu-ragu pula nak minum. Shafira ada belajar buat air lain daripada yang lain ke?

"Ni jamu yang mummy bagilah. Kan mummy suruh minum sebelum tidur. Mummy cakap, jamu ni membantu menambahkan tenaga dan meningkatkan kesuburan." Beria-ia dia ingat pesan Larissa tadi semasa mereka di rumah wanita itu.

Rizqi hela nafas berat.

"Sayang, kita perlu buat semua ni ke? Abang rasa tak perlu. Kita bukan sakit pun. Lagipun kita kan baru kahwin."

"Iya tapi mummy beria sangat nak tolong kita, abang. Kasihan mummy." Dia pun turut rasa serba salah. Kalau tak ikut, rasa berdosa. Kalau ikut, merana. Seumpama terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

"Kita minum, eh? Kalau tak menjadi juga nanti Fira sendiri yang cakap dengan mummy. Okay?" Pujuknya. Kalau tak cuba, tak tahu, kan?

"Iyalah." Rizqi mengalah.

Mereka berdua membaca Bismillah sebelum mendekatkan bibir di birai gelas. Bauan yang menusuk ke rongga hidung membuatkan mereka terbatuk-batuk.

"Sayang, kenapa busuk bau jamu ni?" Tak sempat nak rasa dia dah nak putus asa.

Shafira angkat bahu. Dia cuma ikut arahan mummy. Dia tak tahu apa-apa pun.

Mereka kembali mendekatkan bibir di birai gelas. Baru hendak sampai ke rengkung, kedua-duanya terus berlari ke dapur, mencari sinki.

Rizqi memuntahkan keluar segala isi yang ada. Begitu juga Shafira. Entah jamu apa yang diberi Larissa. Tekak terasa kelat semacam. Lagi teruk dari telan ubat.

"Sayang..." berkali-kali Rizqi berkumur dengan air, berharap rasa kelat itu akan hilang tapi masih sama.

Shafira pantas ke peti ais dan mencapai chocolate cadbury yang dibelinya tempoh hari. Nasib baik ada! Kedua-dua mereka hembus nafas lega apabila dapat mengunyah sesuatu yang manis, menghilangkan rasa kelat dan pahit dalam rengkung.

"Abang tak nak habiskan."

"No, kita kena habiskan." Tegas Shafira.

"Ala, sayang. Abang tak nak." Rengek Rizqi, mengharapkan simpati daripada si isteri.

"Membazir lah kalau tak habis. Penat aje Fira buat."

"Tapi air tu rasa pelik! Tak sedap!"

Shafira mengeluh. Dia tak membantah kata-kata suaminya. Memang air tu rasa pelik. Dia sendiri tak sanggup hendak habiskan sedangkan baru lalu tekak dah tak mampu. Tapi...

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now