Part 39

2.7K 146 5
                                    

Mata tertancap ke arah tubuh seseorang yang sedang lena di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata tertancap ke arah tubuh seseorang yang sedang lena di atas katil. Lama dia merenung seraut wajah itu dari jauh. Kalau hendak diikutkan hati, mahu saja dia menemani lena gadis itu di sisi. Tetapi dia tahu, mereka tidak seperti dulu. Keadaan mereka amat berbeza.

Dengan keizinan Tuhan, isterinya dapat keluar dari hospital pagi tadi. Jelas di matanya bagaimana gadis itu tersenyum indah kerana akhirnya dapat bebas, tidak terkurung seperti sebelum ini. Syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun keadaan Shafira masih perlu dipantau, sekurang-kurangnya gadis itu tak perlu terperap di hospital lagi. Dia yang lihat pun boleh bosan apatah lagi yang dialami Shafira sendiri.

"Rizqi..." tangan yang menyentuh bahunya pantas mengembalikannya ke dunia nyata. Senyum diukir tipis.

"Kenapa tak masuk?" Daripada tadi dia perhati, Rizqi hanya berdiri di muka pintu memerhatikan Shafira. Lelaki itu langsung tak berganjak.

Rizqi geleng perlahan. "Tak apa lah, papa. Qi tak nak kacau Fira tidur. Takut nanti dia tersedar, nampak Qi terus mengamuk lagi." Fobia. Fobia melihat isterinya meracau tak tentu pasal. Luluh segenap tubuh jika dia harus menyaksikan lagi.

Shafiq diam, tak membantah. Kalau itu yang dikatakan Rizqi, dia akur saja.

Rizqi bertindak menutup daun pintu. Kaki melangkah seiringan bersama Shafiq menuju ke ruang tamu. Terlihat Rose sedang menuang air kopi ke dalam cawan.

"Qi, minum..." pelawa wanita itu. Rizqi melemparkan senyuman seraya melabuhkan duduk di atas sofa.

"Terima kasih, mama." Cawan dicapai di atas meja sebelum air panas itu dihirup perlahan. Pahit. Tapi tidaklah sepahit dugaan yang perlu dia jalani ketika ini.

Rose dan Shafiq melabuhkan duduk di hadapan Rizqi. Jatuh simpati mereka melihat menantu mereka yang seperti tak cukup tidur dan tak terurus. Rizqi nampak lelah. Masakan tidak? Setiap hari lelaki itu datang ke hospital melihat keadaan isterinya walaupun baru pulang dari kerja. Itu pun hanya mampu perhati daripada jauh. Bagaimanalah Rizqi boleh sesabar itu? Setia menunggu si isteri.

"Saya nak minta maaf pada mama dan papa..." Rizqi buka mulut setelah basahkan tekak yang terasa kering.

"Sebab susahkan mama papa untuk jagakan Fira buat sementara waktu. Saya tahu, sebagai suami, saya yang patut menjaga isteri saya tapi dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih baik dia di sini. Fira takkan ikut saya balik rumah dengan keadaan dia yang masih belum sembuh." Kepala menekur ke bawah. Malu pada keluarga mertuanya. Sepatutnya dia yang menjaga Shafira kerana dia telah berjanji pada mereka untuk menjaga anak mereka sebaik mungkin. Tetapi sekarang lain pula jadinya.

Shafiq dan Rose saling berpandangan.

"Tapi mama papa jangan risau, saya akan selalu datang ke sini untuk jenguk Fira. Kalau Fira nak apa-apa, just inform saya. Tiap bulan saya akan masukkan duit untuk keperluan Fira. Kalau tak cukup, boleh terus bagitahu saya."

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now