Part 53

2.2K 137 2
                                    

Laju kaki melangkah ke muka pintu sebelum lengannya disambar dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laju kaki melangkah ke muka pintu sebelum lengannya disambar dari belakang.

"Azrael, wait!" Susah-payah dia mengejar langkah kaki suaminya yang menonong keluar. Nasib baik sempat dipegang lengan lelaki itu.

"Azrael, takkan you nak pergi macam tu aje?" Suaranya berbaur tak puas hati. Tubuh Azrael ditarik menghadapnya. Jelas pada penglihatannya, lelaki itu sedang menahan rasa. Azrael langsung tak mahu membalas pandangannya.

"Azrael, You tak pernah cakap tapi I tahu you dah lama tunggu saat ni. You dah lama nak jumpa ibu you. Dan sekarang dia dah ada depan mata you, Azrael. Takkan you nak lepaskan macam tu aje?" Perlahan nada suaranya, memujuk. Raut wajah suaminya ditatap tanpa jemu.

"Sayang..." rahang suaminya dipegang. Mereka saling bertentang mata. Luluh jiwa melihat wajah keruh suaminya. Sungguh, inilah waktu paling sukar buat Azrael. Dia tahu itu. Dan dia di sini takkan pernah meninggalkan Azrael dan berjanji untuk memimpin tangan itu bersama.

"Syurga you masih bawah tapak kaki dia. Dia ibu kandung you. Inilah waktu untuk you berjumpa semula dengan dia. You rindukan ibu you, kan? You mesti nak peluk dia, kan? Betul tak?"

Menitis air mata Azrael sebelum pandangan dijatuhkan ke lantai. Tak mampu menentang anak mata isterinya. Dia tak kuat. Segagah mana pun dia berdiri waktu ini, tak mustahil untuk dia tersungkur.

"Sekarang ni you dah jumpa ibu you, sayang. Ibu yang you rindu, yang you harapkan sangat untuk berjumpa. Dia ada depan mata sekarang. You takkan lepaskan peluang ni kan?" Bahu suaminya dicengkam lembut, cuba menyalurkan kekuatan.

Azrael hanya menyepi. Buntu. Fikiran terlalu bercelaru.

Malia menggengam tangan suaminya. "Jangan risau, Azrael. I ada dengan you. I akan pegang tangan you, teman you selagi I masih bernafas. I ada." Yakin dia bersuara. Dia mahu Azrael tahu, dia takkan pernah meninggalkan lelaki itu.

Lama mata kuyu Azrael memandang isterinya. Tuhan, kebaikan apa yang dia lakukan pada Malia sehingga begini sekali isterinya berbuat baik dengannya?

Dengan nafas yang dihembus kuat, dia mengikut langkah isterinya masuk semula ke dalam Rumah Yayasan itu.

•••

"Malia dengan Azrael jemputlah makan. Hari ni Ibu Lia yang masak tau. Nasib baik ada lebih ni, dapatlah merasa." Ramah Yani mempelawa. Keadaan yang canggung waktu ini amat menyesakkan dada terutama sekali apabila melihat wajah tegang Azrael.

"Wah, Ibu Lia masak? Mesti sedap! Dah lama sangat Malia tak rasa tau!" Suara ceria Malia memberikan suasana yang terasa sayu dan sepi.

Natalia senyum tipis. Nasi diceduk buat Malia sebelum diletak di hadapan Azrael. Sempat dia mengerling wajah anaknya tetapi lelaki itu hanya menayang wajah kosong. Daripada tadi juga membisu.

"Ibu masak biasa-biasa aje, Malia. Malia nak makan lauk apa? Ni?" Ayam masak merah yang berada dalam pinggan diceduk di pinggan wanita itu.

"Terima kasih, ibu." Ucap Malia peramah.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now