Part 52

2.5K 142 10
                                    

"Natalia, kenapa biar Naufal menangis ni?" Bayi yang berusia lima bulan itu didukung oleh sang suami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Natalia, kenapa biar Naufal menangis ni?" Bayi yang berusia lima bulan itu didukung oleh sang suami. Si isteri malah termenung tanpa menoleh sedikit pun.

"Natalia, Naufal nak susu ni. You nak biar dia menangis aje ke?" Ditepuk-tepuk belakang anak kecil itu dengan harapan anak kecil itu akan senyap tetapi makin lama makin kuat. Hendak luruh jantungnya apabila sebaik saja dia pulang, suara bayi menangis bergema di seluruh rumah. Terus dia mendukung bayi tersebut dan mencari keberadaan isterinya.

"Ish, bisinglah! You fikir I apa asyik nak bagi dia susu?! You pergilah buat susu formula! Jangan kacau I! Rimaslah!" Tiba-tiba sang isteri mengamuk, menengking suaminya.

"Natalia, he's still baby. Dia perlukan susu ibu. Bukan susu formula. You nak biar dia sakit ke?" Suaranya masih lagi lembut walaupun Naufal menangis dalam dukungannya.

"Ish, biar aje lah! Kalau mati lagi bagus! I benci dia lah! Dia bukan anak I!" Marah Natalia. Seketika dia mendengus.

Azrul terkedu. Kepala menggeleng kesal. Semakin hari sikap Natalia semakin melampau. Ada ke patut diabaikan Naufal begitu saja? Nasib baik dia pulang ke rumah, jika tidak, apa akan jadi pada Naufal? Mati kelaparan?

"Natalia, you suka atau tak, dia tetap anak you. You yang pilih jalan ni. Anak ni tak salah. Kenapa you nak hukum dia macam ni?" Azrul masih lagi cuba memujuk isterinya walaupun dia tahu Natalia takkan dengar. Wanita itu keras hati.

Natalia mengusutkan rambutnya, rimas dengan suara suaminya. "Eh, dia bukan anak I! I tak nak dia! Sebabkan dia Randika benci I! Lelaki itu langsung tak nak bertanggungjawab dengan apa yang dia buat! Dia biarkan I terkontang-kanting macam ni! I perlukan dia! Kenapa dia tinggalkan I?!" Sedikit demi sedikit tubuh itu melorot jatuh ke bawah. Sekali lagi wajah itu basah dengan air mata.

Azrul menggeleng lagi. Bibir dijilat perlahan. Tangan masih menepuk belakang tubuh kecil Naufal.

"Kenapa you nak cari Randika kalau I ada? I suami you, Natalia! Sampai hati you sebut nama lelaki lain depan suami you sendiri?! Mana hati perut you ni?!" Suaranya ternaik seoktaf angkara emosi yang kian meluap-luap. Kecewa dengan isterinya. Dia sanggup mengahwini Natalia hanya kerana dia cintakan gadis itu, tak peduli tentang kisah silam gadis itu, tetapi Natalia malah mempermainkannya dengan menyebut nama lelaki lain. Suami mana yang tidak marah?

Natalia tidak menjawab persoalan suaminya. Amukan Azrul tidak pedulikan. Sebaliknya, dia terus menangis teresak-esak seperti orang meroyan.

Azrul mengetap rahang kuat. Sebelum dia bertindak luar kawalan, lebih baik dia bawa Naufal keluar. Nanti ada yang terkena tempiasnya pula. Natalia yang masih menangis dibiarkan.

Jatuh setitis air matanya apabila kenangan lama kembali terimbau di fikiran. Kenangan yang takkan bisa dilupakan.

"Ya Allah... aku berdosa, Ya Allah..." tertunduk kepalanya ke bawah. Setiap malam dia akan terjaga dari tidur kerana lena yang terganggu. Selepas itu, dia tak dapat lena kembali. Akhirnya dia berada di pondok kecil ini melayani hati bertemankan cahaya bulan.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now