Part 51

2.4K 124 1
                                    

Rizqi memegang erat tangan Shafira seraya melangkah mendekati muka pintu yang terbuka lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rizqi memegang erat tangan Shafira seraya melangkah mendekati muka pintu yang terbuka lebar. Dari jauh dapat didengari suara-suara tetamu yang memeriahkan mahligai itu. Hari ini Randika dan Larissa mengadakan bacaan doa selamat sempena kesihatan Shafira yang semakin sembuh dan menyambut cahaya mata Rhea yang bakal mewarnai keluarga mereka kelak. Kebetulan juga, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Randika sendiri. Kata lelaki itu, sudah tua ini tak mahu lagi disambut melainkan diadakan doa selamat saja, itu pun sudah memadai.

"Fira okay?" Sejak kesihatan isterinya terjejas, dia sentiasa menjadi paranoid. Kalau boleh setiap masa dia mahu tanyakan keadaan Shafira kerana tak mahu gadis itu sakit lagi.

"Abang, Fira rasa masuk kali ni, dah sepuluh kali abang tanya Fira okay ke tak. Abang janganlah risau, Fira okay aje. Insha Allah." Balas gadis itu dengan bibir yang mencebik sedikit. Rizqi terlalu posesif. Namun, dia tahu, itu semua demi kebaikannya juga.

"Tak kisahlah kalau Fira rasa rimas sekali pun tapi abang tetap akan tanya keadaan Fira. Kalau boleh setiap masa nak tanya. Abang bukan apa, I just worried about you. Abang dah serik dah nak tengok Fira sakit lagi." Rizqi menjawab. Genggaman tangan mereka makin dieratkan.

Shafira mengeluh. "Fira bukan apa, cuma, Fira pun akan jawab jawapan yang sama. Fira okay. As long as abang ada dengan Fira, Fira akan okay."

Rizqi senyum tipis. Tanpa disedari, mereka sudah berada di muka pintu. Sempat memberi salam sebelum melangkah masuk. Mata melilau kiri dan kanan mencari figura keluarganya.

"Qi..." suara Larissa menyapa wajah. Wanita itu terlihat masih sihat dan ayu.

"Mummy..." kekura tangan Larissa dikucup, diikuti Shafira.

"Fira, Fira okay? Hari ini rasa macam mana? Ada sakit dekat mana-mana?" Bukan saja Rizqi, tetapi ibu mertuanya juga sama. Sentiasa menanya khabar dan menjenguknya di rumah. Cukup bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua sebaik Larissa.

Shafira senyum lebar. Tangan wanita itu digenggam lembut. "Alhamdulillah, Fira sihat, mummy. Sebab ada putera raja jagakan Fira, alhamdulillah makin sihat." Sempat dia mengerlingkan mata ke arah suaminya sebelum kembali memandang wajah Larissa yang juga tampak lega mendengar jawapannya.

"Baguslah kalau macam tu. Kalau putera raja tak jaga Fira dengan baik, mummy turunkan pangkat dia. Jadi dayang istana je." Seloroh Larissa menyambut tawa Shafira.

"Mummy, dayang istana untuk perempuan lah." Sampuk Rizqi dengan mata yang membulat tak puas hati. Ada ke sesuka hati saja membandingkannya dengan wanita?

"Tak apa, istana mummy, suka hati mummy lah." Selamba Larissa membalas mematikan kata-kata anaknya.

Rizqi mengeluh kasar. Akhirnya dia hanya bekukan lidah. Dia tahu dia tak mampu melawan Larissa.

"Eh, dah jom ke sana. Bacaan doa selamat dah nak mula. Rhea dengan daddy pun dah berkumpul tu." Pelawa Larissa seraya menarik tangan menantunya. Rizqi dan Shafira terpaksa berpisah memandangkan suaminya menuju ke arah bahagian lelaki manakala dia duduk bersama kaum wanita yang lain.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now