Sindrom Capgras

2.3K 72 1
                                    

Sindrom Capgras adalah gangguan psikiatri yang mempengaruhi keupayaan pesakit untuk mengenali orang yang terdekat dengannya. Penderita Sindrom Capgras mengalami delusi yang membuatnya salah/tak mampu mengecam. Orang yang memiliki sindrom ini berfikiran bahawa orang yang terdekat dengannya telah digantikan dengan orang lain yang berbeza identiti.

Mereka masih boleh mengenali wajah orang-orang yang terdekat dengan mereka bermaksud mereka tahu bahawa orang tersebut secara fizik tetap tampak sama seperti yang dia kenali. Namun, dia tetap berkeras menganggap bahawa orang tersebut adalah orang asing atau digantikan dengan seorang penipu yang sedang menyamar, kerana mereka tidak merasakan pendekatan emosional (Contoh: rasa sayang) dengan orang tersebut.

Terdapat juga kes seorang lelaki di Perancis berusia 78 tahun tidak mampu mengenali bayangannya sendiri saat berhadapan dengan cermin di bilik mandi. Ada juga kes pesakit yang mengalami sindrom ini mungkin percaya bahawa binatang peliharaannya adalah bukan asli.

Sesiapa yang mengalami sindrom ini percaya bahawa seseorang menyamar sebagai orang terdekat dengannya untuk membahayakannya.

Mereka juga menafikan identiti orang yang disayangi dan membela kewujudan dua orang yang berbeza, yang sebenar dan yang ilusi.

Pesakit juga boleh percaya yang orang yang terdekat dengannya telah digantikan dengan robot atau alien.

Sindrom ini sangat jarang berlaku di Malaysia dan lebih kerap berlaku pada wanita.

Punca-punca:

Penyebab pasti dari sindrom ini masih tidak diketahui, namun ada beberapa teori yang menduga bahawa gangguan psikologi ini boleh terjadi akibat kecederaan di bahagian otak (TBI).

Selain daripada itu, trauma yang dihadapi di masa lampau/waktu kanak-kanak, juga boleh menjadi punca Sindrom Capgras.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now