Keliru. Di manakah dia berada waktu ni? Mengapa terlalu asing tempat ini untuknya sepertinya tak pernah langsung menjejakkan kaki ke sini? Kepala menoleh kiri dan kanan bergilir-gilir, mencari jalan keluar. Suasana kelihatan gelap dan sunyi.
Kaki melangkah tanpa arah tuju. Hati berdegup tak tentu arah. Peluh merenik di dahi. Tubuh menggigil kecil. Tempat asing ini menghadirkan rasa tak enak padanya.
Secara tiba-tiba, satu suara kedengaran dekat benar di gegendang telinganya. Terus dipusingkan kepala ke belakang, mencari empunya suara tetapi kosong.
"Dika..."
Dia masih lagi mencari punca suara itu. Tajam pandangan mata mengecam bayangan sesiapa tetapi tiada. Hanya ada dia saja di situ tanpa hala tujuan.
"Dika..."
"Kau siapa hah?! Kau nak apa?!" Tempelaknya, berang apabila dia seperti dipermainkan.
"You kena bertanggungjawab, Dika! Ni anak you!" Suara halus itu menjerit di telinganya membuatkan dia pantas menekup telinga. Kepala menggeleng tak percaya.
"Tak! Aku tak kenal kau! Kau siapa?!" Bentaknya dengan suara yang seperti tersekat dalam rengkung. Setapak demi setapak dia berundur sehingga terjatuh akibat tersilap langkah.
"Ni anak you, Dika! Anak you!"
"Tak! Kau pergilah! Dia bukan anak aku! Pergi!!!" Jeritnya kuat dengan mata terpejam.
"Daddy..." tiba-tiba satu suara kanak-kanak menjengah telinga. Pantas dibuka mata dan terus menangkap sekujur tubuh kanak-kanak yang berlumuran darah, menggapai tangan mengharapkan dia untuk membantu tetapi sebaliknya, dia hanya kaku merenung.
"Daddy..." dia menggeleng kepala melihat kanak-kanak itu yang semakin menjauh bersama wajah yang lencun dengan air mata darah.
"Tak. Aku bukan daddy kau! Aku bukan daddy kau! Pergi! Jangan kacau aku! Pergi!!!" Jeritnya sekuat hati dengan tangan yang menekup telinga, tak mahu mendengar lagi rayuan dan suara halus yang cukup mengerikan baginya.
"Abang..."
"Arghhh!"
"Abang!" Pantas Larissa bangun dari baring melihat suaminya tiba-tiba menjerit dan bangun daripada tidur. Tubuh suaminya didekati.
"Abang, abang okay tak ni?" Soal wanita itu dengan wajah penuh cemas. Daripada tadi lagi dia mendengar suaminya meracau dalam tidur. Itu yang dia berniat hendak mengejutkan Randika tetapi lelaki itu malah bangun tiba-tiba dan menjerit seperti menyambut mimpi buruk dalam tidur.
Randika terus palingkan wajah membalas renungan isterinya. Lama dia menatap wajah yang semakin dimamah usia itu sebelum tubuh Larissa didakap erat. Kepala disandarkan di bahu isterinya.
"Abang..." Larissa mengusap belakang tubuh suaminya, lembut. Deruan nafas kasar Randika masih kedengaran jelas di tepi telinganya. Hati dipagut kerisauan.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...