Part 25

3.5K 153 6
                                    

Dia menggaru-garu belakang kepala yang tak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menggaru-garu belakang kepala yang tak gatal. Mulut terherot-herot mendengar Rose membebel. Ingatkan wanita itu tak tahu. Rupa-rupanya Rose ada ke rumah Larissa sewaktu dia dan Rizqi telah berangkat pulang. Memang teruklah dia kena bebel.

"Iya, mama... Fira faham..." lemah suara itu membalas. Itulah ayatnya daripada tadi. Itu saja yang dia mampu kata. Nanti kalau cakap lebih-lebih dikatanya menjawab. Kalau tak jawab, dikatanya tak dengar. Entahlah, dia pun tak tahu apa dia patut buat sekarang. Nasiblah Rizqi sedang bercakap dengan telefon tadi. Kalau tak, pasti lelaki itu tertawakannya.

"Faham-faham... jangan mulut aje cakap faham tapi sebenarnya tak faham. Mama bukan apa, mama risau kalau perangai kamu tu tak berubah-ubah macam bujang dulu. Kamu kena ingat, kamu tu dah bersuami. Apa pun kena ingat suami. Jangan buat sesuka hati aje!" Panjang lebar Rose memesan anaknya. Dia memang takkan berhenti bercakap. Tambahan pula, dia dah lama tak bercakap dengan anaknya. Jumpa apatah lagi.

"Baik, mama. Fira ingat..." Shafira seperti burung belatuk ketika ini. Angguk saja kepala walaupun Rose tak tahu.

"Nanti datang rumah, belajar masak dengan mama! Mak sendiri hidup lagi, sibuk pergi kacau orang lain kenapa?" Dia taklah cemburu apabila anaknya tak mahu belajar memasak dengannya sebaliknya dengan Larissa tetapi dia takut Shafira menyusahkan sahabatnya. Dia hidup lagi, larat pun larat, boleh sangat nak mengajar anak gadisnya sendiri.

Shafira garu kening pula. Lepasni tak tahulah apa yang nak digarunya pula.

"Baik, mama..."

"Ni, Rizqi mana? Senyap aje!" Rose tukar topik perbualan. Takut juga dia kalau terbakar telinga anaknya mendengar dia membebel dari sepuluh minit yang lalu.

"Ada dekat luar. Cakap dengan telefon." Dia mengerling seketika pintu bilik yang masih tertutup rapat.

"Tak apa lah kalau macam tu. Kirim salam pada Rizqi. Mama nak tidur dah ni." Shafira angguk.

"Baik, mama. Kirim salam pada papa dan Abang Saif. Cakap dengan dia orang, nanti Fira balik sana!" Teruja gadis itu mengenangkan keluarga. Sebak juga turut sama bertandang di hati. Rindu sebenarnya. Sudah lama dia tak ke sana.

"Iyalah, kamu tu ingat pesan mama. Jaga diri." Pesan Rose lagi.

"Baik, mama. Mama pun jaga diri. Assalammualaikum."

"Wa'alaikumussalam." Terus talian dimatikan. Shafira senyum. Tubuh dibaringkan ke katil. Baru hendak lelapkan mata, pintu bilik dirempuh dari luar.

"Eh, abang! Kenapa ni?" Kemunculan Rizqi mengejutkannya. Pantas dia bangun dari duduk. Risau melihat suaminya tika ini. Tambahan pula, dengan riak wajah lelaki itu yang susah untuk ditafsir. Ada apa-apa yang berlaku ke?

"Sayang!" Rizqi mendapatkan isterinya. Bahu gadis itu dipegang kejap.

"Kenapa, abang?" Shafira jadi tak sabar melihat reaksi suaminya.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now