*:・゚✧*:・゚✧ Azrael & Malia ⋆ ˚。⋆୨୧˚
"Azran!"
Kanak-kanak yang sedang leka bermain terus angkat wajah apabila namanya diseru. Berlari kecil dia ke dapur bersama mainan di tangan.
"Iya, ibu..." suara comel itu membalas panggilan ibunya.
"Nak teman ibu buat kek tak? Nanti ayah balik, kita boleh makan sama-sama." Dia tersenyum lebar ke arah anaknya.
Kanak-kanak itu mengangguk laju. "Nak! Nak kek cokelat!" Dia sudah menepuk tangannya berkali-kali, teruja.
"Come." Dia mengangkat anaknya sebelum didudukkan di kerusi. Barang-barang hendak masak sudah tersedia di atas meja.
"Sebelum tu, Azran kena pakai apron, okey? Nanti kotor baju." Apron bersaiz kanak-kanak disarungkan ke tubuh anaknya lantas apron bersaiz besar disarungkan ke tubuhnya sendiri.
"Pertama sekali, kita kena letak apa?" Sengaja dia bertanya kepada anaknya, melayan kanak-kanak itu yang kelihatan bersungguh-sungguh.
"Erm... letak apa, ibu?" Jari telunjuk dibawa ke dagu, gaya berfikir.
Dia tersenyum kecil lantas ubun-ubun anaknya diusap lembut. "Kita letak tepung dulu. Tapi sebelum tu, kita kena anyak dulu."
"Apa tu anyak, ibu?" Mulut kecil itu terherot-herot tak mengerti. Kepala sudah senget memandang ibunya.
Dia ketawa kecil mendengar pelat anaknya. "Kejap, Azran tengok ibu anyak. Macam ni." Tepung yang sudah diletak dalam mangkuk, ditambah bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Kemudian, dianyak perlahan. Azran yang melihat hanya diam. Tampak khusyuk benar dengan kening yang berkerut-kerut.
Setelah itu, dia mengasingkan mangkuk tersebut di tepi. "Okey, sekarang kita letak tepi dulu. Kita nak bancuh cokelat. Azran nak kek cokelat, kan?"
Laju kanak-kanak itu mengangguk dengan tangan yang ditepuk-tepuk teruja. "Nak! Nak kek cokelat!"
Dia menuju ke meja yang berhampiran dengan singki. Terdapat sebuah mangkuk lagi di situ. "Ha, dalam ni ada cokelat. Kita kena pecahkan telur masuk dalam ni. Azran nak buat?"
"Nak! Azran nak pecahkan telur!"
Dia menghulurkan beberapa biji telur kepada anaknya. Bibir tak lekang dengan senyuman melihat kanak-kanak itu bersungguh-sungguh mahu pecahkan telur.
"Ibu, susahlah... Azran tak pandai."
"Tak apa, kita belajar sama-sama. Macam ni..." belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, suara seseorang menghentikan perbuatan mereka.
"Wah, meriahnya di dapur ni! Buat apa ni?" Suara Azrael membuatkan Azran pantas berlari mendapatkannya.
"Ayah!" Azrael mendepakan tangan ke arah anaknya sebelum dipeluk erat tubuh kecil Azran.
"Anak ayah!" Azran digendong manja. Pipi kanak-kanak itu dicium bertalu-talu.
Malia menghampiri suaminya lantas tangan dihulur untuk disalam. Belum sempat dia mahu tarik tangannya semula, Azrael menarik dia rapat hingga lelaki itu mengucup dahinya.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...