Last Part

5.2K 182 26
                                    

Sampai sahaja jenazah Azrael dan Malia di rumah keluarga Randika, suasana yang kian suram bertambah sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja jenazah Azrael dan Malia di rumah keluarga Randika, suasana yang kian suram bertambah sepi. Teragak-agak Natalia bergerak ke arah jenazah mereka. Bukan apa, dia masih tidak percaya. Dia anggap ini semua hanya mimpi ngeri yang akan hilang setelah dia bangun tetapi tidak semua benda yang sama seperti yang kita harapkan. Jika tidak dipapah Larissa dan dibantu Shafira, pasti dia sudah rebah bila-bila masa saja. Semangat dan kekuatannya sudah terbang pergi.

Ketika dia tunduk membuka kain putih yang menutupi wajah Malia, terus dia menangis lagi. Jiwa merusuh dan hati seakan-akan dirobek berkali-kali sakitnya.

"Ya Allah..." menggeletar tangannya menyentuh pipi mulus Malia. Wajah arwah pucat lesi tetapi penuh ketenangan. Malia seperti sedang tidur. Tidur yang takkan bangun lagi.

"Kenapa Malia tinggalkan ibu, nak? Ibu yang patut pergi dulu. Kenapa Malia pergi sebelum ibu?" Wanita itu mengongoi di tepi jenazah Malia. Larissa menahan diri daripada menangis dan wanita itu hanya mampu mengalirkan air mata.

"Ibu sayangkan Malia sangat-sangat. Ibu reda, Malia. Tenanglah di sana, ya nak?" Perlahan-lahan dahi dan kedua-dua pipi Malia dikucup penuh kasih sayang. Pertemuan di antara mereka biarpun singkat tetapi penuh makna baginya.

Ketika dia beralih ke arah jenazah Azrael, dia langsung terduduk. Berdosakah dia jika dia tidak reda dengan pemergian anaknya?

"Memang patut pun Allah ambil Naufal dari ibu, sebab ibu gagal jadi ibu yang terbaik buat Naufal. Ibu seksa Naufal, ibu buat anak ibu menderita, ibu dera emosi Naufal sampai Naufal tersalah langkah. Sepatutnya ibu yang harus dihukum. Ibu yang Naufal patut benci sebab ibu punca semua ni. Ibu punca!" Luah Natalia di sisi jenazah Azrael. Wajah yang sebelum ini kelihatan bengis, jelas tenang. Mata yang selama ini tajam menatap, sudah tertutup rapat. Bibir yang mengukir senyuman, kini tiada lagi. Semuanya menjadi kenangan.

"Anak ibu dah tak menderita lagi. Anak ibu lebih bahagia lepas ni. Ampunkan ibu, Naufal. Ampunkan aku, Ya Allah. Aku gagal menjaga satu-satunya amanahMu. Ya Allah..." rintih wanita itu seperti tidak reda.

"Mengucap, Natalia. Tak baik meratap depan jenazah. Terseksa jenazah nanti." Pesan Larissa lembut walaupun dia juga menangis tanpa suara.

Wajah Azrael diusap lembut. Benarlah, muka anaknya iras benar dengan Randika. Tampan dan manis.

Seketika dia mencium seluruh wajah Azrael. Kucupan terakhir dan tiada lagi selepas ini. Yang ada hanyalah gambar Azrael sahaja menjadi penemannya.

Giliran Randika pula mendekati jenazah Azrael. Wajah anaknya itu ditatap sebak. Dia seperti sedang melihat diri sendiri. Satu benda yang dia sedar, Azrael nampak kejam, Azrael nampak tidak punya hati, kerana masa lalu yang membuatkan lelaki itu diam dan mati rasa. Terlalu lama Azrael memendam menjadikan lelaki itu seorang yang pendendam kerana dia tiada sesiapa untuk meluahkan isi hati.

Dia terasa ralat kerana kalau dia tidak mengabaikan Azrael, pasti lelaki itu tidak bertindak sejauh ini. Sepatutnya dia menghargai Azrael lebih awal kerana jika baru sekarang baru hendak ditatang, segalanya sudah terlambat. Yang tertinggal hanya penyesalan.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now