"Risha, Raisha!" Jeritan Shafira di muka pintu bergema seluruh banglo.
"Iya, mama!" Risha dan Raisha menyahut panggilan mama mereka, serentak.
"Cepat sikit! Nanti lambat nak jemput Abang Azran di airport!" Jam tangan dikerling berkali-kali. Takut mereka terlambat pula. Kalau boleh, mereka mahu sampai dahulu sebelum Azran mendarat di Kuala Lumpur.
"Iya, tengah turun ni! Raisha, cepat sikit!" Ujar Risha kepada adiknya yang sibuk mengemaskan rambut. Terkocoh-kocoh mereka turun dari tangga.
Shafira tak dapat tahan diri untuk senyum melihat keterujaan anak-anaknya untuk berjumpa dengan Azran, abang mereka. Setelah enam tahun Azran belajar di luar negara, mereka jarang berjumpa. Boleh kira berapa kali mereka berkumpul satu keluarga. Lagipun, tak mahu mengganggu Azran yang sedang belajar di negara orang.
"Amboi, cantiknya anak-anak mama! Tak sabar nak jumpa Abang Azran ke?" Usik Shafira diselangi tawa. Mahu jemput Azran saja, tetapi dia punya bersiap tu, lama betul!
Risha dan Raisha angguk serentak. "Mestilah, mama! Dah lama tak jumpa Abang Azran, rindu!" Teruja Raisha membalas, diikuti Risha yang hanya angguk mengiyakan kata-kata adiknya.
Mereka memang manja dengan Azran sejak kecil. Azran merupakan seorang abang yang sangat protective. Sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya. Tidak jemu mahu melayan kerenah Risha dan Raisha biarpun lelaki itu tahu perempuan memiliki emosi yang sering berubah tidak mengikut masa.
"Semua dah siap ke?" Rizqi muncul di sebalik pintu. Tadi dia sudah memeriksa enjin kereta, takut tiba-tiba ada masalah lain pula.
Semua mengangguk kecil.
Rizqi terkedu melihat permaisuri dan puteri-puterinya. "Wah, cantiknya isteri dengan anak-anak baba ni!"
Shafira senyum kecil. Risha dan Raisha mendekati Rizqi lantas dipeluk dada babanya. "Mestilah!"
Rizqi mengucup kedua-dua ubun anak-anaknya. Pejam celik, pejam celik, anak-anaknya sudah berusia tujuh belas tahun. Terlalu cepat masa berlalu. Dia pula yang rasa dah tua.
"Dah, jom. Nanti lambat pula kita sampai."
•••
Nasib baik mereka sampai awal sedikit berbanding Azran yang akan mendarat tidak lama lagi. Mereka mengambil keputusan untuk menunggu Azran di balai ketibaan.
"Baba, mama, tu Abang Azran!" Jerit Raisha teruja apabila ternampak kelibat Azran yang keluar di sebalik balai ketibaan. Lelaki itu melambai ke arah mereka. Mereka menyambut lambaian itu teruja.
"He grew up well." Bisik Rizqi di telinga Shafira, memaksudkan Azran. Sewaktu mereka menghantar lelaki itu untuk ke luar negara, Azran masih berumur sembilan belas tahun dan ketika lelaki itu pulang ke tanah air, Azran sudah berusia dua puluh lima tahun. Berbeza lapan tahun dengan Risha dan Raisha. Seperti yang dikatakan, masa berlalu dengan sangat pantas sebelum sempat kita menikmatinya.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romansa[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...