Part 26

2.8K 140 2
                                    

Sedang elok dia memotong bawang merah di dapur, tubuhnya didekati seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang elok dia memotong bawang merah di dapur, tubuhnya didekati seseorang. Kepala terngadah melihat figura yang menghampirinya. Hingus yang kian meleleh di hidung ditarik.

"Mummy..." dia menegur Larissa yang senyum ke arahnya.

"Boleh buat tak tu? Ke nak mummy tolong?" Melihatkan keadaan menantunya yang seperti terseksa, dia jadi kasihan pula.

Shafira geleng. "Tak apa lah, mummy. Boleh ni. Lagipun takkan nak suruh orang buatkan. Nanti sampai bila-bila tak pandai." Balasnya penuh yakin walaupun air mata hampir nak menitis. Kenapalah bawang merah ni buat orang pedih mata? Bukan air mata aje nak meleleh, hingus pun nak ikut sekali.

Larissa ketawa kecil. Dia angguk saja dah kalau itu yang dikatakan menantunya. Jauh di sudut hati, dia bangga dengan Shafira. Gadis itu ada usaha untuk berubah. Walaupun sebelum kahwin serba-serbi tak tahu, selepas kahwin, sedikit demi sedikit gadis itu belajar. Itu yang membuatkan dia kagum dengan semangat menantunya.

"Kita nak masak banyak tau hari ni sebab Rhea dengan Izz nak datang sekali." Tambah Larissa.

Mata Shafira membulat sedikit. "Oh ya ke? Preggy mom nak datang? Wah!" Hati kian teruja tambah lagi mendengar berita daripada suaminya beberapa hari lepas.

Larissa angguk suka. "Alhamdulillah, rezeki Tuhan tak pernah salah alamat, kan? Cuma lambat atau cepat aje. Nampaknya dapatlah mummy timang cucu sebelum tutup mata." Penuh makna ayat di akhir kata. Umur yang semakin meningkat usia, tiada apa lagi yang dia harapkan melainkan hendak meluangkan masa bersama anak dan cucu. Umur sepertinya tak perlu lagi susah-susah memikirkan tentang kerja dan komitmen lain.

"Ala mummy, Insha Allah mummy sempat timang cucu..." Shafira sedapkan hati Larissa.

"Itulah, tengah tunggu cucu daripada Qi dengan Fira lah pula." Usik Larissa bersahaja. Namun, riak wajah Shafira menghadirkan rasa tak enak di hati. Dia salah cakap ke?

"Fira... Fira okay tak ni? Mummy gurau aje tadi..." lengan gadis itu dielus lembut. Dia tak kisah pun kalau Shafira dan Rizqi tak mahukan anak lagi. Dia bukan jenis memaksa.

"Eh tak ada lah, mummy... Fira okay cuma tu lah... kadang-kadang kita akan fikir berlebihan. Semua tu kerja Tuhan, kan? Kalau ada, alhamdulillah... kalau tak ada, mungkin Allah nak bagi yang lain." Dia sendiri tak tahu dia sedang sedapkan hati Larissa ataupun hatinya sendiri. Sejak dua menjak ini fikirannya selalu terganggu memikirkan tentang zuriat. Walaupun mereka berkahwin tak sampai setahun lagi tapi tipulah jika dia sebagai wanita tak risaukan hal tersebut.

"Fira... mummy dengan daddy tak kisah pun kalau belum masanya lagi nak dapat cucu daripada Qi dengan Fira. Fira jangan terlalu berfikir, ya? Betul cakap Fira, semua tu kerja Tuhan. Yang penting kita dah ikhtiar." Shafira angguk dengan pujukan ibu mertuanya. Betullah. Dia patut bersyukur mendapat keluarga mertua yang sangat baik. Yang tidak memaksa, yang tidak menghukum walau siapa pun dia. Padahal Rizqi layak dapat lebih baik daripada dia yang serba kekurangan.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now