Selesai saja mandi, dia terus persiapkan diri untuk ke bawah. Sengaja mahu lihat apa yang dibuat mummy di dapur. Dia bukan apa, rindu benar masakan mummy. Dalam masa yang sama, boleh juga tolong apa yang patut.
Sampai sahaja di dapur, bibir tersenyum tipis melihat sekujur tubuh yang semakin dimamah usia tapi masih terserlah keayuannya. Mummy sedang masak di dapur seorang diri. Pasti daddy masih di bilik untuk bersiap ke office.
"Morning, my queen." Dia mendekati Larissa lantas mengucup pantas pipi wanita itu. Senyum menghiasi wajah kacaknya.
"Morning, my one and only son." Larissa mengusap rahang anak lelakinya sebelum kembali mengacau nasi goreng dalam kuali.
"Wah, sedapnya bau! Rasa macam dah lama sangat tak rasa air tangan mummy." Ujar Rizqi seraya menghidu dalam-dalam bauan masakan Larissa.
Larissa senyum. Berbunga hati apabila anaknya sendiri memuji masakannya.
"Itulah, lain kali rajin-rajin balik sini. Kem dengan rumah bukannya jauh sangat pun." Jeling Larissa ke arah Rizqi. Rumah tak ada lah jauh sangat tetapi nak balik itu punyalah payah.
Rizqi ketawa kecil. Ada saja lah mummy nak perli dia. Namun, tawanya terhenti apabila loceng rumah berbunyi. Dia saling berpandangan dengan Larissa bersama kening terangkat.
"Siapa tu, mummy?"
Larissa angkat bahu.
"Tak tahu. Cuba Qi pergi tengok." Arah Larissa. Rizqi hanya angguk dan melangkah ke muka pintu.
Sebaik saja daun pintu terbuka, mata menangkap susuk tubuh kecil seseorang. Figura itu tersenyum manis ke arahnya. Dia tayang wajah keliru sebelum dineutralkan semula.
"Nak apa datang sini?" Kasar dia tanya tetamu itu. Kisah apa dia, yang penting tetamu ini tak diundang.
Figura itu masih tersenyum seperti tidak terkesan dengan bahasa kasar Rizqi.
"Saya datang-"
"Eh, Fira?" Muncul suara seseorang dari belakang, mengalih perhatian Rizqi dan Shafira. Lebih lebar senyum gadis itu. Rizqi mengeluh.
"Assalammualaikum, aunty..." tangan Larissa dikucup hormat.
"Wa'alaikumussalam... kenapa datang tak bagitahu? Nasib baik aunty dah siap masak." Berbunga hati Larissa melihat tetamu di hadapan mata.
Rizqi di tepi hanya diam. Tak terasa hendak bersuara sepatah pun. Namun, mata tajam merenung Shafira.
Shafira hanya senyum sebelum membuka mulut.
"Saya datang sebab..." mata merenung Rizqi. Hampir luluh apabila pandangan lelaki itu seperti menusuk ke dasar hati.
"Nak ajak Rizqi keluar, aunty." Pandangan terus dijatuhkan ke arah Larissa. Wanita itu berkerut dahi. Rizqi pula sudah melopong mulut.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...