Part 35

2.6K 140 3
                                    

Kepala menekur ke bawah apabila dia bertembung dengan orang di sepanjang koridor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala menekur ke bawah apabila dia bertembung dengan orang di sepanjang koridor. Beg plastik di tangan digenggam kuat. Pelitup muka yang dipakai dibetulkan sedikit. Kalau boleh dia tak mahu orang lihat wajahnya yang penuh dengan lebam. Seperti biasa, tubuh badannya pasti mendapat habuan daripada sang suami. Dia sendiri tak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan.

Terlalu leka menundukkan kepala sehingga tak perasan terlanggar bahu seseorang.

"Sorry, saya tak sengaja." Wajah pantas menengadah kepada tubuh yang berdiri di sebelahnya.

"Tak apa."

Belum sempat dia hendak berkata lebih, lelaki itu terus pusingkan tubuh sebelum dia bersuara menghentikan langkah lelaki tersebut.

"Rizqi."

Lambat-lambat lelaki itu menoleh dengan dahi yang berkerunyut.

Malia ukir senyum. Benarlah telahannya. Nasib baik tidak tersilap orang.

"Hai, Rizqi." Dia mendekati lelaki itu. Namun, pantas lelaki itu mencipta jarak antara mereka. Malia hanya senyum kelat.

Rizqi hanya diam merenung wanita di hadapannya dengan pandangan kosong.

"Tak sangka boleh jumpa you dekat sini." Malia cuba hendak mencari topik perbualan.

"Aku nak cepat. Nanti-nantilah borak." Dia baru hendak melangkah, lengannya ditahan Malia. Tajam dia merenung tangan wanita itu.

"Tunggulah dulu, Rizqi."

Rizqi merentap lengannya kembali. "Tak payah pegang-pegang. Nak apa ni?" Kasar dia menyoal. Apa wanita itu fikir dia ada masa ke hendak berborak mesra?

"Maaf." Perlahan Malia pinta. Kepala menekur ke bawah seketika sebelum dibalas pandangan mata Rizqi.

"Kalau I nak bercakap dengan you sekejap, boleh? I janji sekejap aje."

Kedengaran keluhan kasar dilepaskan Rizqi. Mata mengerling melihat sekeliling. Tangan menyeluk poket seluar dan dibawa keluar telefon pintar. Terlihat tangan menari di atas skrin sebelum dilekap ke telinga.

"Saif, aku ada hal sekejap. Tolong jagakan Fira, eh? Kejap lagi aku datang."

Malia terkedu mendengar nama yang disebut Rizqi. Fira? Gadis itu ada di sini? Buat apa? Terlalu banyak persoalan dalam minda tetapi hanya dibiar sepi. Tak berani hendak tanya.

"Terima kasih, Saif." Talian dimatikan. Mata merenung Malia yang hanya tundukkan kepala. Bukan dia tak perasan, wanita itu mengelak daripada bertembung mata dengannya.

"Cepatlah, nak cakap pasal apa? Aku tak ada masa lah."

"Kalau kita cakap dekat luar, boleh? Macam tak beradab pula cakap dekat sini." Dia sedar mereka masih berada dalam kawasan hospital. Tidak sesuai rasanya untuk berbincang.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now