Part 34

2.9K 157 4
                                    

Pintu yang diketuk bertalu-talu dari luar mengejutkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu yang diketuk bertalu-talu dari luar mengejutkannya. Bingkas dia bangun dari duduk lantas bergerak ke pintu. Wajah sang suami menyapa pandangan mata. Lelaki itu merempuh masuk sehingga melanggar bahunya.

"Kenapa lembab sangat buka pintu?!" Jerkah lelaki itu. Malia hanya diam menundukkan kepala.

"You dari mana? Dari kelmarin tak balik." Malia beranikan diri untuk bertanya. Sebagai seorang isteri, pasti dia mahu tahu ke mana saja suaminya menghilang tanpa sebarang khabar berita.

Azrael merenung tajam wajah Malia. Tak dinafikan, isterinya mempunyai raut wajah yang sangat cantik. Tapi sayang, sedikit pun dia tak terpikat. Hatinya telah mati untuk mencintai sesiapa pun. Bukan kerana pernah dikecewakan oleh wanita lain tetapi dikecewakan oleh orang yang sepatutnya menjaga dan menyayanginya.

"Kenapa kau nak tahu? Bukan kau suka ke aku tak ada? Tak ada lah kau kena seksa, kan?" Tanpa nada dia melontarkan soalan yang berbaur sindiran. Tak pernah sehari pun isterinya tidak disakiti apabila dia berada di rumah. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Malia selepas wanita itu bersetuju untuk mengahwininya. Dia tak pernah menjanjikan kehidupan yang normal jauh sekali bahagia.

"I isteri you. Salah ke kalau I nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan. Diberanikan diri untuk melawan anak mata tajam milik Azrael.

Tidak lama kemudian, terhambar tawa yang cukup sinis memenuhi ruang rumah. Malia gigit bibir menahan geram. Nampak benar suaminya mempersendakannya sebagai seorang isteri.

"Isteri? Kau rasa kau isteri aku ke kalau setiap hari kau diseksa? Kau ni baik sangatlah, Malia. Dah kena pukul, kena belasah, masih anggap aku suami kau. Takkan tak ada sekelumit pun perasaan benci pada aku?" Akhir soalannya menghadirkan satu rasa asing. Benci. Daripada dia lahir lagi dia sudah kenal dengan perasaan itu. Dia hidup dengan penuh kebencian daripada orang sekeliling. Jadi, dia sudah tak peduli jika dibenci satu dunia sekali pun.

Malia terdiam. Mengapa dia dapat rasakan mata suaminya penuh dengan kesayuan? Sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia mencuba mendalami anak mata Azrael kerana lelaki itu pandai mengelak tetapi hari ini dia berkesempatan untuk menyelami apa yang ada di sebalik sepasang mata hitam itu.

"You suami I, Azrael. Walaupun I tak mampu cintakan you, I tetap ada rasa kasih pada you. Iya, kalau orang lain yang berada di tempat I, dah lama membenci you. Tapi I tak sanggup..." perlahan sehingga tak terkeluar suaranya ketika melontarkan ayat terakhir. Sampai ke hari ini, dia masih percaya, Azrael menyembunyikan sesuatu padanya yang membuatkan lelaki itu menjadi seperti sekarang. Dia masih berharap lelaki itu akan berubah satu hari nanti.

"Jangan merepek! Aku ni manusia paling teruk. Aku seksa isteri aku, aku buat kerja haram, kau rasa manusia macam aku ni perlu dikasihi lagi ke?" Tidak dinafikan, dia tergamam mendengar luahan isterinya tetapi dia cuba sedarkan diri sendiri yang hampir hanyut, dia bukan manusia baik. Banyak perkara yang dilarang yang dia buat. Bukan saja dia melanggar undang-undang negara, undang-undang Allah pun dia pertikaikan. Masih layakkah dia digelar suami jika dipanggil manusia pun sangat mustahil?

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now