Dia trauma dengan namanya hospital. Kali terakhir berada di sini, dia kehilangan dua insan yang paling penting dalam hidupnya. Dia takut jika sejarah kembali berulang. Hampir pecah jantung apabila melihat isterinya tersandar lemah di atas katil selepas dia balik dari kerja. Kelam kabut dibawa Shafira ke sini. Azran dibawa ke rumah Randika.
Kandungan Shafira sudah menginjak usia enam bulan. Namun, isterinya tidak mengalami apa-apa alahan. Sebaliknya, dia yang terkena. Sewaktu trimester pertama, dia sampaikan tak boleh bangun kerana sakit kepala dan mual. Pergi kerja pun asyik muntah dan tak larat. Disebabkan itu, dia diberi cuti hampir dua minggu. Biarpun selepas itu masih ada alahan, tetap dikuatkan badan untuk kembali bertugas.
"Mummy, Fira risaulah tengok Rizqi. Asyik muntah-muntah aje. Macam teruk alahan dia. Pelik pula, selalunya ibu mengandung yang rasa." Perasaan tak senangnya diutarakan kepada Larissa. Larissa hanya senyum melihat Shafira mengusap rambut Rizqi yang terbaring lemah di peha isterinya. Amboi, manja kemain!
"Fira jangan risau. Waktu mummy mengandungkan Rhea dengan Rizqi, daddy yang kena alahan. Teruk jugalah sampai tak boleh bangun macam Rizqi ni. Orang kata, kalau isteri mengandung tapi suami yang dapat alahan, maksudnya suami tu sayang sangat dekat isteri dia." Larissa mengulum senyum apabila mengingati semula memori sewaktu dia hamil. Sikap Randika sebiji seperti Rizqi. Manja!
"Dengar tu, sayang. Abang sayang sangat dekat Fira tau." Rizqi yang lemah tiba-tiba menyampuk. Suaranya serak basah hampir tak kedengaran.
Shafira senyum tipis. Masih mengusap rambut suaminya. Mata Rizqi terpejam tapi telinga masih boleh mendengar perbualan orang.
"Sayang..." meleret-leret suara Rizqi memanggil isterinya. Larissa yang mendengar mencebik mulut. Menyampah!
"Iya, abang? Abang nak apa-apa ke?"
"Abang teringin nak makan sup kambinglah, sayang."
Shafira dan Larissa saling berpandangan.
"Abang, mana nak cari sup kambing petang-petang macam ni? Kedai banyak buka malam lah, abang." Ujar Shafira lembut.
"Abang tak nak dekat kedai. Abang nak Fira masak. Please, sayang. Abang teringin sangat." Bibir Rizqi sudah mula mencebik, meminta simpati daripada isterinya.
Shafira menggaru belakang kepala yang tak gatal. Ha sudah! Dah jadi satu kerja pula nak kena cari kambing.
"Rizqi, mana nak cari kambing waktu-waktu macam ni? Cuba Qi jangan minta benda yang susah nak dapat." Naik kasihan dia melihat menantunya yang mati kutu hendak menurut permintaan Rizqi.
"Ala, mesti ada! Dekat pasaraya tu banyak. Abang nak sup kambing juga. Kalau tak..." tiba-tiba dia bangun.
"Eh, abang nak pergi mana?" Mata hanya melihat suaminya berjalan ke bilik air. Tidak lama kemudian, mereka mendengar suara Rizqi yang termuntah-muntah lagi.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...