Part 43

2.8K 135 7
                                    

Jauh pandangannya jatuh pada halaman rumah yang dihiasi bunga yang tumbuh elok di dalam pasu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jauh pandangannya jatuh pada halaman rumah yang dihiasi bunga yang tumbuh elok di dalam pasu. Bibir jungkit senyum seketika. Tak banyak yang berubah sejak dia meninggalkan mahligai ini beberapa tahun lepas. Semuanya masih sama. Yang berubah cuma dia. Semakin hari hidup semakin bercelaru. Dendam semakin membara memusnahkan kehidupannya. Bagaimana dia mampu melupakan jika dia hidup dengan kisah silam sendiri? Bagaimana dia dapat lari jika semakin dia menjauh, semakin kuat kakinya digenggam trauma yang menghantui setiap langkah?

"Tak sangka kan kau ni anak angkat umi dengan baba." Suara yang menegurnya dari belakang menghapus segala kenangan dan memori yang terbentang di hadapan mata.

"Perangai tak semenggah macam kau, keluarga sendiri pun tak nak jaga. Sebab tu..."

"Kau tak tahu apa-apa. Jangan bercakap macam kau tahu semua benda." Laju Azrael memintas dengan suara dinginnya. Mata masih memandang ke hadapan. Hati seperti terhentak kuat dengan perlian wanita itu.

Rhea menghela nafas kasar. "Kau ni memang lelaki tak tahu malu, kan? Dah rampas hak orang lepas tu buat macam tak ada apa-apa. Perempuan yang kau rampas tu kekasih adik aku!" Biarlah orang mahu kata dia sentiasa mengungkit, kerana dia takkan bisa lupakan apa yang telah terjadi. Sementelah pula, Rizqi itu adiknya. Dia sendiri menjadi saksi kekecewaan Rizqi.

"Benda ni dah lama berlalu. Adik kau sendiri dah bahagia, kan? Apa yang menjadi masalah sangat sekarang?" Dikerling sekilas wajah Rhea dengan tatapan tajamnya. Wanita itu terkedu seketika melihat sepasang mata itu. Mengapa tatapan mata itu seperti pernah dilihat?

"Huh! So, apa perasaan ambil hak orang? Seronok?" Rhea masih lagi mahu menyakiti hati Azrael sepertimana lelaki itu memusnahkan kehidupan Rizqi suatu waktu dulu.

Azrael menoleh kepala membalas pandangan Rhea yang jelas sinis. Wajahnya ditayang tanpa perasaan. Langsung tak terasa dengan kata-kata sindiran itu.

"Apa perasaan jadi anak Randika Daniel? Seronok?" Soalan dibalas soalan kembali membuatkan Rhea tergamam. Dahi berkerunyut. Tak mengerti apa yang cuba dikatakan Azrael padahal dia tiada pun sebut tentang daddynya.

"It is an honoured to meet you, Rhea Latisha binti Randika Daniel." Sambung Azrael. Bibir terjungkit sinis.

"Atau lebih tepat lagi, Dato' Randika Daniel." Kening diangkat-angkat ke arah Rhea.

"Apa kau merepek ni?"

"Nothing. Cuma aku tak sangka abang aku berkahwin dengan salah seorang anak Randika. Iya lah, siapa aje tak kenal keluarga Randika, kan? Keluarga yang paling disegani dan dihormati. Pergi mana-mana pun boleh jadi buah mulut orang. Kalau Randika sendiri pun dah cukup hebat, apatah lagi keluarga dia, kan?" Entah mengapa, Rhea rasakan Azrael seperti mempersendakan keluarganya kerana lelaki itu tiba-tiba menyebut tentang daddynya.

"Kau fikir kau siapa nak sebut pasal keluarga aku, pasal daddy aku?" Gigi diketap. Rasa geram menyelubungi diri.

"Kalau kau tahu siapa aku, kau takkan berani tanya macam tu." Balas Azrael dengan suara yang mula serius. Sepasang matanya memanah tatapan Rhea.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now