Part 31

3.1K 166 8
                                    

Dia sembunyi senyum melihat wajah cemberut sang suami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia sembunyi senyum melihat wajah cemberut sang suami. Dari dalam bilik sampailah ke muka pintu, Rizqi langsung tak bersuara. Hanya mendiamkan diri sejak tadi.

"Abang, abang okay tak ni?" Lengan Rizqi diusap lembut, mengembalikan lamunan suaminya. Pagi-pagi dah termenung, macam mana rezeki nak masuk?

Rizqi lepaskan keluhan berat. "Macam mana abang nak okay kalau abang terpaksa tinggalkan Fira untuk beberapa hari ni? Abang risaukan Fira tahu tak?" Berat hati hendak pergi kali ini. Mungkin kerana dia sudah berkahwin dan sentiasa ada seseorang yang perlu dia jaga sebaiknya. Jika dahulu, dia bujang. Hendak ke mana-mana pun tak susah hati.

Shafira ketawa kecil. Rizqi terlihat seperti budak kecil yang tak boleh langsung dipisahkan dengan ibunya.

"Abang, Fira okay aje. Lagipun abang pergi operasi kali ni tak lama pun, kan? Untuk dua tiga hari ni aje. Abang janganlah risau. Fira nak abang fokus dengan kerja abang. Ingat, abang tu..." dia dekatkan jarinya ke dada Rizqi.

"Kapten Rizqi." Dicuit sedikit dada suaminya. Bibir merekah dengan senyuman, bangga dengan suaminya yang telah berjaya dengan impian sendiri.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Fira okay, abang. Lagipun Fira akan pergi rumah mama kejap lagi. Sementara nak tunggu abang balik, boleh lah Fira duduk sana sehari dua, kan?" Pangkas Fira laju.

"Baguslah kalau macam tu, tak ada lah abang risau sangat. Apa-apa nanti bagitahu Saif. Abang dah minta dia tolong tengok-tengokkan Fira sementara abang tak ada ni." Saif sajalah yang boleh membantunya sekarang. Dengan kerja dan komitmennya, dia terpaksa meninggalkan isterinya sendiri sementelah pula dia perlu hadir kursus ataupun operasi selama berhari-hari.

"Baik, tuan..." tangan naik menabik hormat sang suami sebelum tawa terletus. Rizqi menggeleng dengan perangai isterinya yang susah benar hendak serius.

"Jangan 'baik' aje tapi tak ikut pula. Faham?"

"Iya, abang..."

"Bagus." Ubun-ubun isterinya diusap mesra.

"Abang..." tangan Rizqi digenggam erat, seperti tak mahu dilepaskan. Anak mata menikam sepasang mata hazel sang suami.

"Fira sayangkan abang. Jaga diri. Jangan lupakan Fira tau." Dikucup tangan suaminya penuh kasih sayang.

"Fira, abang sayangkan Fira lebih daripada segalanya. Abang akan sentiasa jaga diri abang, sebab abang tak nak isteri abang susah hati. Tak mungkin abang akan lupakan Fira. Fira sentiasa dalam ingatan dan hati abang, sayang." Pelik benar kata-kata isterinya tetapi dia layankan juga. Mungkin Shafira takut kerana ini kali pertama mereka berpisah lama selepas berkahwin walaupun untuk beberapa hari.

Shafira memeluk tubuh suaminya erat. Tenang dia menyandar ke dada bidang Rizqi. Mana tahu ini kali terakhir pelukannya. Tidaklah dia rasa terkilan sangat. Sekurang-kurangnya dia dapat merasai kenyamanan berada dalam dakapan sang suami.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now