Part 50

3K 141 12
                                    

"Kita buat apa dekat sini?" Setelah sekian lama mendiamkan diri, dia kembali bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kita buat apa dekat sini?" Setelah sekian lama mendiamkan diri, dia kembali bersuara. Pintu kereta ditutup lantas kaki mengikut langkah suaminya.

"Dah alang-alang lalu jalan ni, singgahlah pantai ni. Dekat sini sunset lawa-lawa." Balas Azrael bernada biasa. Sebaik saja Malia mendekatinya, lembut pergelangan tangan wanita itu digenggam, berjalan menyusuri pantai dengan perpegangan tangan.

Malia tersenyum. Azrael seperti sudah tahu yang dia sukakan suasana pantai sambil melihat matahari terbenam.

"Buka kasut. Kita jalan tepi pantai sementara tunggu matahari terbenam, nak?" Entah mengajak ataupun itu satu arahan apabila lelaki itu terus membuka kasut yang dipakai. Malia pun mengikut perbuatan suaminya. Sempat juga dia menggeleng kepala dengan sikap dominan suaminya.

Terasa sejuk dan mendamaikan apabila kulit kaki menyentuh air pantai dan sesekali ombak perlahan menampar kaki mereka.

Dia tak dapat alihkan pandangan daripada melihat tangannya digenggam erat oleh Azrael. Rasa bahagia mula bertandang dan bermukim di hati. Salah satu angannya adalah berjalan di tepi pantai sambil berpegangan tangan bersama seorang lelaki yang bergelar suami.

"Kalau aku tahu kau asyik nak pandang aku, tak payah aku bawa kau ke sini. Kita duduk rumah aje, tengok muka masing-masing." Walaupun nadanya seperti memerli tetapi tetap memghamburkan tawa kecil dari bibir Malia.

"Nampaknya aku lagi menarik daripada pantai ni. I should be proud then." Diangkat sekali bahunya sebelum membalas pandangan Malia.

"You memang suka perasan ke apa? You rasa you dah cukup menarik ke sampai I kena pandang tak lepas?" Dia cuba menyembunyikan wajah memerah malu kerana tertangkap curi-curi merenung sang suami.

"Aku takkan perasan kalau benda tu tak betul. Berat sebenarnya nak mengaku, tapi memang pun. Kau rasa aku macam mana? Menarik ke? Atau..."

"Sempurna." Perlahan Malia memangkas kata-kata suaminya membuatkan Azrael tergamam. Terus lelaki itu hentikan langkah.

"Eh, kenapa berhenti?" Disebabkan suaminya berhenti, dia juga turut pakukan langkah.

"Kau cakap apa tadi? Aku kurang jelas." Entah telinganya yang salah dengar ataupun dia memang telah mendapat penyakit 'suka perasan'.

Malia senyum. Dia faham apa yang dimaksudkan suaminya. "Sempurna. You sempurna di mata I, Azrael. Walaupun you rasa you banyak kekurangan, kekurangan tu yang menyempurnakan hidup I."

Azrael mati kata. Mata masih lagi merenung segenap wajah cantik isterinya.

"Kadang-kadang, ketidaksempurnaan itu yang membahagiakan sebenarnya. Kita tak perlu nak jadi sempurna untuk hidup gembira, cukuplah menghargai ketidaksempurnaan itu dengan cara yang sempurna." Pandangan terus dihala ke hadapan, pemandangan laut yang terbentang seluas-luasnya.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now