[ Book 5 ]
Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan.
Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sekejap berdiri. Sekejap duduk. Hati dilambung gelisah. Sesekali langsir diselak, melihat ke luar tetapi hampa. Tiada seorang manusia pun di luar. Yang ada hanyalah lampu rumah yang menerangi halaman. Hari semakin gelap gelita. Waktu berputar hampir tengah malam.
"Ish, mana dia ni pergi? Banyak sangat ke kerja dekat office sampai tak ingat nak balik?" Kuku digigit resah. Mata mengerling jam dinding. Hampir menginjak tengah malam. Bibir mengeluh kasar.
"Azrael, mana you pergi ni? Call tak dapat!" Telefon dilempar ke atas sofa apabila panggilannya satu pun tidak dijawab. Azrael matikan telefon!
Sejak pergaduhan mereka semalam, lelaki itu langsung tak mahu memandangnya. Pagi-pagi lagi sudah keluar. Punyalah tak mahu bertembung. Tidur pun berasingan. Boleh pula Azrael tidur di bilik kerjanya semalam.
Perut yang membuncit sedikit diusap penuh kasih. Bibir melengkung senyum. Mungkin sudah menjadi tabiat ibu mengandung. Sering kali perut mahu diusap. Seperti tidak lengkap jika tidak dibelainya.
Klik!
Pintu rumah terbuka dari luar. Pantas dia toleh kepala. Terlalu ralit dia termenung hingga tak dengar bunyi kenderaan di luar. Tahu-tahu suaminya sudah pulang.
"Azrael..." tubuh bangkit dari duduk lantas menerpa ke arah sang suami. Jelas di penglihatannya wajah Azrael yang nampak lelah. Mungkin benar, banyak kerja di pejabat.
Azrael hanya pandang sekilas wajah isterinya sebelum meneruskan langkah.
"You banyak kerja ke balik lambat? I call you tak jawab. You matikan telefon?" Bertalu-talu soalan dilontarkan sekali gus membantutkan langkah Azrael. Lelaki itu lantas memandang isterinya tanpa perasaan.
"Perlu ke kau tanya? Aku ni bukan sesiapa pun, tak penting pun untuk kau. Sebab tu kau boleh halau aku sesuka hati, kan?" Dingin dan cukup sinis nada itu menyapa. Kalau diingatkan semula, pasti hatinya kembali sakit. Masih berdarah.
Malia gigit bibir. Menahan diri daripada terasa hati. Dia tak layak untuk marah, kerana memang dia yang berkata sebegitu semalam kepada suaminya.
Bibir merengus kasar. Tak mahu panjangkan pergaduhan mereka, Azrael palingkan tubuh ingin berlalu. Namun, sekali lagi suara Malia menghalang.
"I minta maaf sebab cakap macam tu pada you. I sedar apa yang I cakap tu salah. Tapi, apa pilihan yang I ada? You mungkin keras hati tapi I tak. I tak sampai hati nak biarkan ibu pergi sedangkan dia dah bersusah-payah datang sini nak jumpa anak dia." Panjang lebar Malia bersuara. Azrael hanya diam mendengar, tak berniat untuk menyampuk.