Part 21

3.8K 183 6
                                    

Mata dipisat-pisat seketika sebelum bangun dari baring

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata dipisat-pisat seketika sebelum bangun dari baring. Mulut menguap besar. Tubuh menggeliat kuat. Perbuatannya terhenti serta-merta melihat tubuh kaku seseorang di atas sofa. Terus bulat matanya melihat figura suaminya yang nyenyak tidur.

Perlahan-lahan dia turun dari katil dan mendekati suaminya. Dilabuhkan duduk di atas lantai bersebelahan sofa yang diduduki Rizqi. Bibir terukir senyum. Tangan gatal bermain dengan rambut Rizqi.

"Uish, lembut betul rambut dia. Rambut aku pun tak macam ni." Gumamnya sendiri. Seronok pula usap rambut suaminya. Wangi pun iya.

Kalaulah muka begini yang perlu dia hadap setiap kali bangun dan sebelum lena, sanggup dia berada di sisi lelaki itu sentiasa. Rizqi terlalu kacak untuk melepaskan renungan. Tidur pun boleh buat dia terbuai. Belum lagi apabila lelaki itu membuka mulut. Jika sebelum ini, hanya kata-kata menyakitkan sahaja yang keluar dari bibir itu, sekarang, bibir itulah yang sentiasa senyum dan apa sahaja yang keluar dari mulut Rizqi, semuanya mampu buat dia kencing manis. Ingatkan Rizqi hanya tahu dingin sepanjang masa, rupa-rupanya manisnya itu kalah gula-gula. Patutlah lelaki itu jual mahal. Kalau tidak, beratur wanita ingin mendekati walaupun sekarang ramai saja yang mahu memikat lelaki itu.

Dia yang daripada tadi tak berhenti merenung suaminya tersentak melihat mata yang tadi tertutup rapat perlahan terbuka dan membalas pandangannya. Dia jadi kaku sendiri.

Kelam kabut dia bangun dari duduk dan hendak pergi dari situ sebelum pinggangnya disambar dari belakang.

"Ahh!" Terjerit kecil gadis itu dibuatnya apabila dia sudahpun terbaring meniarap di atas badan suaminya. Mata membulat memanah mata hazel milik Rizqi.

"Errr..." lidah terbelit-belit sendiri. Dada berombak laju menahan debaran yang kian terasa. Luluh jantung melihat renungan suaminya.

'Alamak, kenapa lah dia pandang macam tu? Lemah lah!' Jerit Shafira dalam hati.

"A-abang..." Belum sempat dia hendak berkata lebih, kepala ditolak lembut untuk bersandar ke dada bidang Rizqi. Dia keliru.

"Shh... abang nak lelap mata sekejap. Fira teman abang, ya?" Dia menyelesakan tubuhnya di atas sofa dengan tubuh isterinya di atasnya. Pinggang Shafira dipeluk erat seperti tak mahu lepas. Sempat dia labuhkan kucupan di ubun-ubun kepala Shafira. Gadis itu hanya mampu keraskan tubuh.

Untuk beberapa minit, keadaan hanya sunyi tanpa sebarang bunyi. Shafira semakin selesa dalam dakapan suaminya. Rizqi pula semakin lena memeluk tubuh isterinya.

Shafira mengukir senyum. Beginikah rasa cinta? Rasa selamat berada dalam pelukan si dia yang kita cintai. Dapat mendengar deruan nafas dia yang cukup tenang memberikan rasa nyaman dalam diri.

Tidak lama kemudian, Shafira juga lena dalam dakapan suaminya. Dia rasa tidurnya lebih indah dan selesa di sini kalau nak dibandingkan di atas katil.

Begitulah apabila bercinta. Katil yang selesa dan besar tak lagi menjadi pilihan. Lebih suka tidur di atas sofa yang ruangnya terhad dan tak bebas, asalkan bersama dengan si dia yang tercinta.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now