Part 61

2.4K 127 5
                                    

"Kenapa monyok aje muka suami Fira pagi-pagi ni? Macam mana nak kerja kalau macam ni?" Mahu saja dia tergelak melihat wajah keruh Rizqi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa monyok aje muka suami Fira pagi-pagi ni? Macam mana nak kerja kalau macam ni?" Mahu saja dia tergelak melihat wajah keruh Rizqi. Lelaki itu daripada subuh lagi banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu. Kalau tidak, Rizqi paling riuh.

Rizqi mengeluh. "Abang rasa tak sedap hati nak tinggalkan Fira hari ni."

Shafira ketawa. Buat perangai betullah suaminya pagi-pagi begini. "Abang, abang jangan nak merepek, ya? Abang bukan bos nak sesuka hati cuti."

Rizqi mencebik. Tangan disilang ke dada. Orang tengah risau, boleh pula dia ketawa.

"Abang, kenapa nak risau? Abang akan balik kan petang ni. Fira tunggulah abang balik, macam selalu." Pujuk Shafira, lembut. Lengan suaminya dipaut mesra. Berkali-kali dia akan jatuh hati melihat suaminya lengkap beruniform. Rizqi terlalu segak di matanya.

"Janji? Janji yang Fira tunggu abang balik?"

Shafira angguk laju. Senyum dilebarkan. "Fira janji Fira tunggu. Depan pintu ni ha. Pomish!"

Rizqi mengerut dahi. "Po apa?"

Sekali lagi, Shafira pecah tawa. "Pomish!"

Rizqi turut ketawa mendengar petah kata isterinya. Seketika dia mencuit hidung Shafira manja.

"Dahlah, abang jangan sedih-sedih. Fira akan sentiasa tunggu abang. Fira takkan pergi mana-mana. Fira akan setia dengn abang." Nada suaranya mula serius. Hilang sudah riak manjanya tadi. Namun, senyum masih mekar di wajah.

Lama Rizqi merenung segenap wajah menawan Shafira. Seribu kali memandang pun dia takkan puas. Pedulilah jika ada yang mengatakan dia obses terhadap isteri sendiri. Iya, dia terlalu obses dengan Shafira.

Tidak lama kemudian, Rizqi menarik Shafira ke dalam pelukan. Dikucup dahi isterinya bertalu-talu. "Abang pun akan sentiasa ada untuk Fira. Abang sanggup pertaruhkan nyawa abang untuk keselamatan Fira. Abang akan datang untuk isteri abang bila-bila masa aje isteri abang perlukan abang. Ingat..." wajah isterinya didongak sedikit, memandangnya.

"Fira belahan jiwa abang. Tanpa Fira, hilanglah separuh jiwa abang. Abang akan lakukan apa sahaja untuk kembalikan separuh lagi jiwa abang. Abang akan korbankan diri abang." Pipi Shafira diusap lembut. Sesekali jarinya bermain di ulas bibir isterinya pula. Bahagia melihat senyuman Shafira yang semakin lebar. Iya, senyuman inilah yang dia mahu lihat di sepanjang hidupnya. Bukan tangisan, mahu pun penderitaan.

Shafira angguk perlahan. Iya, akan disematkan kemas-kemas dalam fikiran. Takkan dia lupa kata-kata suaminya.

"Dahlah, lebih baik abang gerak sekarang. Nanti ada yang tak pergi kerja." Ujar Shafira tiba-tiba. Menghentikan sesi 'romantik' mereka.

Rizqi senyum seraya menjatuhkan kepala beberapa kali. "Abang pergi dulu." Salam dihulur kepada isterinya sebelum Shafira menyambutnya penuh hormat.

"Abang..." dia menggenggam seketika tangan suaminya.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now