[ Book 5 ]
Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan.
Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Beberapa hari telah berlalu, dan hari ini barulah dia nampak kemunculan lelaki yang berada di hadapannya ini. Kali terakhir dia bertemu Rizqi, lelaki itu masih nampak biasa tetapi sekarang, makin susut dan seperti lelaki yang kehilangan isteri saja lagaknya.
"Mana you pergi baru hari ni muncul? Dah tak serupa orang dah I tengok. You macam hilang bini tau sekarang ni." Bukan niat hendak menyindir tetapi itu hakikat. Nasib baik tiada bau yang tidak enak, kalau tidak, tak tahulah apa yang dapat dia lakukan untuk Rizqi yang nampak kusut dan selekeh.
"Memang aku hilang isteri aku. Hilang dari pandangan mata. Hilang jiwa dia. Hilang kasih sayang dia yang dulu selalu ada untuk aku." Selamba dia membalas dengan wajah biasa. Sedikit pun tidak terasa hati.
Zana menghembus nafas perlahan.
"Aku nak tahu pasal isteri aku. Macam mana dengan keadaan dia? Ada improvement? Is she getting better?" Bertalu-talu soalan dipaculkan. Zana pula yang terkumat-kamit hendak menjawab. Rizqi ni tak menyabar sungguh!
"Zana, kenapa diam? Aku tanya ni!" Desak Rizqi. Orang tanya, boleh pula dia berdiam diri. Buat makin susah hati saja!
"Dia masih sama. Tak ada perubahan. There's no improvement."
Rizqi mengeluh kasar. Tubuh bangun dari duduk. Wajah diraup. Tangan mencekak pinggang.
"Apa benda ni, Zana? Aku upah kau untuk jadi doktor dia, bukan nak dengar benda-benda bodoh macam ni! Dah hampir dua bulan, takkanlah tak ada apa-apa perubahan!" Suara ternaik seoktaf, berang apabila Zana seperti tidak buat kerja.
"Rizqi..."
"Kau sure kau dah buat rawatan yang betul pada dia? Kau pasti dia makan ubat tepat pada waktu?" Pintas Rizqi dengan suara kasarnya.
"Rizqi!" Zana juga bangun dari duduk. Tak betah apabila dia pula yang dipersalahkan.
Rizqi hanya diam, menghela nafas kasar. Wajah kelihatan bengis tika ini.
"I doktor, mestilah I tahu apa yang I patut buat pada patient I. Dah macam-macam rawatan I buat, I sendiri yang ada dengan dia daripada pagi sampai petang." Bidasnya laju, tak mahu Rizqi salah faham.
"Habis tu, kenapa tak ada perubahan? Dah hampir dua bulan, Zana... Berapa lama lagi aku perlu tunggu? Seumur hidup?" Dia kembali menembak soalan kepada Zana yang merangkap doktor pakar psikologi.
Zana mengeluh. Pelipis kepala diurut perlahan. Kalau macam ni, bukan pesakit yang memeningkan kepala tetapi suami kepada pesakit lebih menyakitkan otak.
"Rizqi, benda macam ni memakan masa. Bukannya boleh sembuh sekelip mata. Dan you sendiri tahu, semuanya atas izin Tuhan. Tugas kita hanya berusaha sebaik mungkin. And I've tried so hard to help her. Tapi..."
"Tapi apa, Zana? Kau tahu aku takkan terima sebarang alasan, kan?"
"Isteri you, Rizqi. Isteri you cari you. Siang malam dia tanya pasal you. Sampai I dah tak tahu nak jawab apa dah. I sendiri tak sanggup nak tipu dia." Jawab Zana bersama suara yang jelas susah hati.