Kelam kabut dia bersiap apabila dia mendapat panggilan daripada Rizqi yang lelaki itu dalam perjalanan ke rumahnya. Katanya mahu membawanya ke satu tempat. Jadi, haruslah dia bersiap. Bukan selalu dapat meluangkan masa dengan tunangnya memandangkan Rizqi sentiasa sibuk. Terutama sekali waktu sekarang kerana tak lama lagi lelaki itu akan mengambil cuti untuk kahwin. Itu pun tak sampai seminggu. Tapi tak mengapa, dia faham orang seperti Rizqi bukan semudah itu untuk mengambil cuti.
Setelah memastikan semuanya lengkap, terus dia capai tas tangan dan melangkah ke pintu. Sempat Shafira memberitahu Rose dan Shafiq sebelum mendekati Rizqi yang menunggunya di hadapan rumah. Terlihat lelaki itu bersandar ke pintu kereta, perhatikannya yang baru keluar dari rumah. Walaupun lelaki itu memakai kaca mata hitam, dia tahu pandangan Rizqi hanya jatuh padanya. Kalaulah dia tak kuat, pasti sudah rebah dengan pandangan tunangnya.
"Maaf sebab lambat."
"No worries. Untuk nikmati kesempurnaan macam yang ada depan mata ni, berapa banyak masa pun aku tak kisah nak tunggu." Balas Rizqi tenang. Bibir jungkit senyum senget.
Shafira hampir tersedak air liur sendiri. Entah mengapa Rizqi semakin hari semakin romantik pula dia rasa. Di mana ya lelaki itu belajar? Mungkin Rizqi ada menghadiri kelas untuk menjadi romantik. Mungkin?
"Should we go?" Ujar Rizqi. Lelaki itu sudah membuka pintu kereta buat Shafira. Gadis itu angguk walaupun masih malu. Sebaik saja dia melangkah masuk, Rizqi menutup pintu lantas bergerak ke pintu sebelah pemandu.
Tidak lama kemudian, enjin dihidupkan dan kereta beroda empat itu bergerak membelah jalan.
•••
Shafira jadi kaku melihat di mana mereka berada sekarang. Dalam hati tertanya-tanya mengapa mereka ada di sini. Mulut ternganga melihat pemandangan di hadapan mata.
"Jom." Suara Rizqi menghentikan lamunan Shafira. Pantas gadis itu mengikuti langkah tunangnya.
"Rizqi, kita buat apa dekat sini?" Setelah sekian lama dia memendam rasa, akhirnya terpacul juga soalan dari bibir. Dia tak dapat selindung lagi rasa ingin tahu yang membuak-buak.
Sungguh dia jadi mati kata melihat keindahan pemandangan di sini. Bunga-bunga yang disusun cantik menceriakan lagi suasana. Haruman wangi menusuk ke rongga hidung. Secara tak sedar, dia tersenyum dengan udara nyaman di sini.
"Rizqi... saya tanya awak ni... kenapa awak bawa saya pergi taman bunga ni?" Dia mendesak Rizqi untuk sebuah jawapan. Dalam banyak-banyak tempat, pasti ada sebab mengapa Rizqi bawa dia ke sini.
"Hari itu nak sangat bunga, kan? Ini aku bawa datang sini, petiklah berapa banyak bunga yang kau nak."
Shafira terdiam. Dia tak menyangka yang Rizqi masih ingat tentang peristiwa 'bunga' tempoh hari walaupun agak lama benda itu terjadi. Dia juga cuma bergurau aje, tak memaksudkan apa-apa pun.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romantizm[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...