Assalammualaikum...
Dengan ini, berakhirlah perjalanan cerita Battle In Love. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menunggu, sudi membaca, sudi singgah ke sini hingga ke akhir bab. Kali ini, berpeluh-peluh betul nak habiskan. Terlalu mencabar!Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, apa tujuan cerita ni sebenarnya? Battle In Love mengisahkan tentang manusia yang bertarung untuk meraih sebuah cinta. Tidak kiralah cinta kepada Tuhan, sesama manusia, sesama keluarga. Battle In Love juga mengisahkan tentang nilai sebuah cinta yang begitu bermakna untuk seseorang.
Seperti contoh, Azrael.
Nilai cinta kekeluargaan yang memberi makna pada dia sehingga dia boleh berubah menjadi pendendam bila mana dia tak dapat merasai semua tu. Sebagai ibu bapa, mungkin terkadang kita leka dan lalai dengan masalah yang melanda satu sama lain hingga menjejaskan hubungan sesama anak. Anak juga mahu disayangi, mahu dihargai dan mahu dicintai. Mereka juga berhak bersuara ketika mereka disakiti. Jangan kerana kita adalah ibu bapa, kita boleh berasa ego untuk mendidik anak kita seperti yang kita mahukan tanpa kita sedar, ianya melukakan hati mereka. Tanpa kasih sayang kita yang mendidik dengan cara yang betul, mungkin anak kita akan tersasar jauh. Seorang anak tanpa ibu bapanya, boleh buat mereka tersesat tanpa panduan.Malia
Kerana cinta, dia sanggup memperjudikan diri untuk berkahwin dengan Azrael, hanya kerana tak mahu Azrael mengganggu Rizqi dan keluarga. Dia tak mahu apa-apa terjadi kepada Rizqi terutamanya. Pengorbanan yang dia lakukan melibatkan seumur hidup sebelum dia sedar, Rizqi bukan untuk dia. Kerana, yang di belakang, akan kekal di belakang. Takkan menjadi masa depan. Hargailah orang yang ada bersama kita sekarang daripada mengenangkan orang yang dah tidak bersama kita lagi.
Kerana cinta juga, dia sanggup tunggu Azrael walaupun payah dan terlalu banyak ujiannya. Dia ikhlas bersama lelaki itu sampaikan dia tak mahu lelaki lain selain Azrael. Sikit pun perasaan sayangnya tak berkurang walaupun dia tahu suaminya seorang pendendam. Kerana cinta yang bermakna untuk dia, sampai hujung nafas, Azrael yang terakhir.Rizqi
Kasih sayang dia terhadap Malia, sanggup berbuat apa sahaja tetapi akhirnya dikhianati, menjadikan dia seorang yang sukar hendak percaya, kasar dan dingin. Apabila kita terlalu mencintai manusia melebihi cinta kepada Tuhan, kita pasti akan kecewa. Kerana manusia sifatnya sementara. Dia yang dulunya bercinta dengan Malia, tetapi akhirnya bersama Shafira. Apabila ianya bukan hak kita, pasti ada yang lebih baik.
Sama juga ketika dia bersama Shafira, kerana rasa cinta dan kasih, sanggup lakukan yang terbaik buat isterinya di saat isterinya semakin jauh dan hubungan mereka semakin renggang. Perasaan cinta itulah yang membuatkan mereka bertahan sesama mereka. Perasaan yang kukuh dan ikhlas itu lah yang menjadi benteng daripada sebuah perpisahan.Shafira
Hanya kerana perasaan cinta yang tertanam dalam hati, membuatkan dia menjadi lebih berani untuk bertindak kerana dia tahu apa yang dia mahukan. Kerana cinta itulah yang menjadikan dia seorang yang tekad untuk mendapatkan Rizqi dengan cara paling mulia iaitu sebuah perkahwinan. Kerana cinta, dia mahukan hubungan yang halal dan sah. Kerana cinta, dia tegar menunggu suaminya dan percaya bahwa Rizqi masih hidup. Cinta itu yang membuatkan dia percaya.Randika
Biarpun kisah silam yang dia lalui tanpa disengajakan, kerana cinta dan kasih terhadap isteri dan anak-anak menjadikan dia seorang yang pentingkan diri. Dia terlalu sayangkan mereka hingga takut untuk melukai mereka. Disebabkan itu, dia menafikan kewujudan Azrael. Cinta yang terlalu utuh buat keluarganya. Tidak semudah itu dapat digugat walaupun dihantar sepuluh orang perempuan, dia tetap mahukan Larissa. Kerana dia tahu, cinta, nafsu, kasih sayang dia hanya untuk Larissa.Larissa
Walaupun dia terluka, walaupun bukan mudah untuk menerima ketentuan di mana suaminya mempunyai anak luar nikah, dia sebagai isteri, tetap memaafkan dan setia di samping Randika hingga hujung nafas seperti yang dijanjikan kerana nilai cintanya yang ikhlas. Apabila kita ikhlas, kita akan terima segala kekurangan pasangan kita. Kerana kita tahu, kekurangan itu akan sempurna jika kita sama-sama melengkapinya.
Kasih sayang seorang ibu yang membuatkan dia mudah jatuh sayang kepada Azrael walaupun mereka baru kenal ketika itu. Dia sanggup menjaga cucunya biarpun ianya datang daripada anak luar nikah suaminya.Natalia
Cinta akan menjadikan kita seorang yang lalai jika kita terlalu taksub. Disebabkan dia tak dapat lupakan, sampai mati pun hatinya hanya ada Randika. Kerana cintanya yang terlalu utuh, dia boleh bertindak di luar kawalan sehingga memberi kesan seumur hidup dan penyesalan yang tiada tandingan. Berpada-padalah dalam mencintai. Semua yang di dunia tidak kekal. Jika dia bukan milik kita, buatlah apa pun dia tetap bukan milik kita kerana semua itu sudah tertulis. Dia yang rasa dengan cara memerangkap Randika dapat membuatkan lelaki itu bertahan dengannya, dia silap. Kerana cinta Randika yang terlalu ikhlas buat isterinya, tanpa toleh, Randika tetap memilih untuk pergi. Dan dia? Akhirnya menyesal. Menyesal selepas segalanya terjadi, tiada guna nya lagi. Sebab itu kita harus berfikir dengan akal sebelum menggunakan hati.Jadi, saya harap, kisah ni dapat memberi pengajaran kepada semua. Kadang-kadang, musuh kita bukan orang luar. Ia boleh jadi, orang yang paling rapat dan terdekat dengan kita. Sebagai seorang manusia, sentiasa lah berkasih sayang tanpa rasa benci antara satu sama lain. Cinta itu indah. Janganlah hanya kerana taksub, ia mendatangkan kemudaratan. Bukan kepada diri sahaja, bahkan orang lain juga.
Sekian, itu sahaja daripada saya. Saya minta maaf kalau ada yang terkurang atau tersalah kata. Saya doakan semua yang membaca, dipermudah segala urusan dan berjaya dalam apa jua kamu lakukan. Terima kasih.
Semoga kita berjumpa lagi!
Dengan ini, BATTLE IN LOVE melabuhkan tirai ✧༺♥༻∞
Cuba bagi komen, apa pendapat korang tentang kisah kali ini? Adakah berpuas hati? Apa pengajaran yang korang dapat? Karakter mana yang paling korang suka, kenapa?
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
عاطفية[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...