Part 66

3.9K 152 47
                                    

Selesai membaca doa selepas solat, Rizqi pusing ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai membaca doa selepas solat, Rizqi pusing ke belakang. Shafira mengucup kekura tangan suaminya penuh hormat. Rizqi pula menarik dekat belakang kepala isterinya lantas dahi Shafira dikucup penuh kasih sayang.

"Alhamdulillah, kita dapat solat berjemaah sama-sama lagi." Ujar Rizqi. Tangan Shafira digenggam lembut.

Shafira senyum. "Alhamdulillah."

Senyuman yang terlakar di bibirnya serta-merta mati. Mata kemudian memandang isterinya, lama.

"Fira, abang nak tanya sikit boleh ke?"

Shafira memberi fokus penuh ke arah suaminya. Suara Rizqi kedengaran serius. "Abang nak tanya apa tu?"

"Azrael ada dekat mana sekarang? Fira ada jumpa dia ke?" Soal Rizqi bertalu-talu. Selama seminggu dia pulang ke rumah, dia belum berkesempatan untuk bertanya tentang Azrael memandangkan dia agak sibuk untuk melaporkan diri di pejabat. Kemunculan dia yang tiba-tiba mengundang persoalan dan agak kelam kabut. Oleh itu, banyak yang dia perlu selesaikan.

Shafira menguntum senyum. Ingatkan apalah yang serius sangat. Tetapi pertanyaan suaminya memang membimbangkan. "Azrael dekat penjara sekarang, jalani hukuman seperti yang sepatutnya. Cuma..."

"Cuma apa, sayang?" Pintas Rizq, laju. Nada suaranya kelihatan risau dan resah.

"Keadaan dia nampak merisaukan. Waktu Fira jumpa beberapa minggu lepas, muka dia pucat, nampak tak tentu arah." Jelas Shafira perlahan.

Rizqi menghembus nafas berat.

"Abang nak jumpa dia ke? Fira rasa kalau dia tahu abang masih hidup, mesti dia nak sangat jumpa abang." Lihat pada riak wajah suaminya seperti Rizqi tertarik dengan soalannya untuk melawat Azrael di penjara.

"Nampaknya macam tu lah. Kalau boleh abang nak pergi jumpa dia esok memandangkan abang tengah cuti. Fira teman abang, ya?"

Shafira angguk dengan senyuman. Jambang nipis suaminya diusap lembut. "Jangan risau, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Azrael, ya?"

Rizqi membalas senyuman isterinya. Tangan Shafira yang mengelus pipinya dicapai lantai dikucup kekura tangan tersebut. "Insha Allah."

•••

Tak berkelip matanya merenung wajah di hadapan mata. Tak tahu hendak beri reaksi yang bagaimana. Adakah dia patut larikan diri? Rasanya bukan dia seorang saja yang nampak. Semua orang nampak kemunculan lelaki di hadapannya ini. Jadi, bermakna bukan entiti lain lah kan?

"Kenapa muka kau nampak cuak tengok aku?"

Persoalan Rizqi membuatkan Azrael menelan liur berkali-kali. Dah bercakap pula dia. Betul ke orang ni? Entah-entah...

"Kau fikir roh aku ke yang datang jumpa kau?" Tersungging senyum sinis di bibir lelaki itu.

"Ma—mana lah tahu, roh kau tak aman, meliar cari aku." Azrael melilaukan mata kiri dan kanan. Tak senang duduk pula jadinya.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now