Part 30

3.3K 159 1
                                    

Tombol pintu dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tombol pintu dibuka. Lemah kaki melangkah masuk ke dalam. Kepala dipanggung melihat ke segenap rumah. Kosong. Walaupun dipenuhi perabot dan perhiasan, dia tetap rasa kosong. Walaupun banglo dua tingkat, dia tetap rasa sempit. Sesak untuk bernafas.

Air mata kembali bertakung di tubir. Tubuh perlahan-lahan melurut ke bawah bersandar ke pintu. Tangan mencengkam rambut dengan kuat.

"Aku sayangkan Shafira! Tolong faham, Malia!"

"Dia isteri aku, Malia! Dia isteri aku!"

Tangisan terhambur keluar lagi. Tidak dihiraukan matanya yang sembab. Tidak dihiraukan lagi jika wajahnya nampak teruk. Dia memang sudah lama hancur. Cuma sengaja berpura-pura kuat di hadapan orang.

Masih terngiang-ngiang di fikiran bagaimana Rizqi cuba melindungi Shafira. Matanya menjadi saksi bagaimana lelaki itu begitu menjaga isterinya daripada disakiti sesiapa. Dan itu cukup buat dia terluka. Cukup buat dia terseksa. Dia yang selama ini cuba untuk melindungi lelaki itu, Rizqi malah melindungi wanita lain.

"I sayang you, Rizqi... sebab I sayang you I buat macam ni..." rintih dia penuh sayu. Bibir bergetar tika menutur bicara. Yang harus dipersalahkan adalah dia. Kerana selama ini tak pernah sekali dia membuka mulut. Tak pernah sekali dia cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Rizqi sehingga lelaki itu berputus asa dengannya.

"I minta maaf tinggalkan you... tapi I terpaksa... I tak nak apa-apa jadi pada you... I sayang you..." ucapnya sendiri. Begitulah kehidupannya sejak dia memilih untuk berkahwin dengan Azrael. Dia keseorangan. Tiada teman, tiada sesiapa yang sudi mendengar luahannya. Jika dulu, Rizqi yang selalu menjadi pendengar setia, sekarang dia bersendiri. Bersendiri menghadapi kehancuran yang bila-bila masa akan menghapuskan hidupnya.

Takdir apa yang harus dia terima sekarang? Hikmah apa yang dia dapat daripada segala yang dia korbankan? Apa wanita seperti dia tak layak dicintai? Apa wanita seperti dia tak layak disayangi? Jangankan lelaki lain, suami sendiri pun memperlakukannya seperti perempuan simpanan. Mungkin benar wanita sepertinya tidak layak untuk merasa bahagia, walaupun sesaat. Kerana setiap detiknya sekarang adalah sebuah kehancuran.

•••

Ralit dia membalut tangan Rizqi yang luka angkara ditumbuk ke dinding. Hampir hendak terputus nyawanya melihat darah yang tak berhenti mengalir. Nasib baik sudah dia letak cecair pembasmi kuman untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Hendak dibawa ke hospital, lelaki itu sepuas-puasnya menegah.

"Terima kasih..." Shafira menengadah kepala kepada Rizqi apabila lelaki itu bersuara tiba-tiba.

"Terima kasih untuk hari ni." Sambung Rizqi.

Shafira senyum. Tipis.

"Abang nak minta maaf sebab tak pernah beritahu apa-apa pada Fira. Abang yakin pasti Fira dah dengar semuanya." Keluhan berat dilepaskan. Entah sesakit apa yang dirasakan isterinya sekarang apabila dia sebagai suami langsung tak pernah bercerita tentang masa lalunya.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now