Part 13

3.4K 199 2
                                    

Wajah kelihatan tak percaya melihat kemunculan seseorang yang tak terjangka di hadapan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah kelihatan tak percaya melihat kemunculan seseorang yang tak terjangka di hadapan rumahnya. Mulut terus mati kata hendak bersuara.

"Rizqi, ada apa datang rumah aunty?" Soal Rose lembut. Lelaki itu nampak seperti baru bangun tidur dengan rambut yang serabai dan uniform kerja yang masih tersarung di tubuh.

Rizqi senyum kecil.

"Saya datang nak jumpa dengan Shafira sekejap, boleh ke?" Pinta lelaki itu sopan. Walaupun hatinya bergelojak dengan penuh rasa sekarang ni tapi dia cuba untuk tidak kurang ajar.

"Boleh... kejap aunty panggil Fira dekat bilik." Bila lelaki itu sebut saja nama anaknya, dia sudah tahu apa hajat Rizqi bertandang ke rumahnya. Pasti mahu berbincang mengenai hal semalam. Ini semua Shafira punya pasal. Beria betul gadis itu suruh dia ke rumah keluarga Rizqi. Memang dah gila agaknya anaknya.

Rizqi angguk lantas bergerak ke kereta kembali. Biarlah bercakap di luar rumah saja. Ada perhitungan yang perlu dia buat dengan Shafira. Antara hidup dan mati. Tangan mencekak pinggang. Dia dah tak peduli jika dia serabai sekarang ni. Semua tu tak penting.

"Rizqi?" Teruja dia apabila Rose mengabarkan Rizqi ingin berjumpa dengannya. Pasti lelaki itu dah setuju. Mengenangkan itu hati melompat suka.

Rizqi pusing tubuh menghadap Shafira. Panas meluap hatinya melihat senyuman gadis itu, seperti tak bersalah. Tak tahukah Shafira dia hampir nak cekik gadis itu sekarang ni?

"Apa yang cuba kau buat ni?" Tegas dan kasar suara itu terpacul membuatkan Shafira terdiam.

"Aku tanya kau, apa yang kau cuba buat?" Soalnya lagi, nada ditekan semakin tegas. Mata tajam mencerlung ke arah gadis itu.

Shafira kelu lidah.

"Apa... maksud... awak?" Gagap dia bersuara. Gerun melihat Rizqi tika ini.

"Kau ni memang perempuan yang tak faham bahasa, kan? Kau tak faham ke, bila orang tak nak, tak perlu nak terhegeh-hegeh?!" Tengking Rizqi, nada cuba dikawal sebaik mungkin. Mujur mereka berada di luar rumah.

Terhinggut bahu Shafira mendengar suara Rizqi yang kuat. Terundur sedikit dia ke belakang.

"Kau ni memang desperate sangat ke nak kahwin? Kalau dah tak sabar nak kahwin, pergi cari lelaki lain! Tak payah kacau hidup aku!" Marah Rizqi. Dada berombak ganas.

"Iya, saya memang desperate! Saya desperate nak kahwin dengan awak! Awak yang tak faham sekarang ni!" Lawan Shafira berani walaupun air mata mula bertakung di tubir.

"Aku tak suka kaulah, perempuan!" Balas Rizqi kuat.

Shafira kaku. Liur payah ditelan. Air mata lesu menyusuri lekuk pipi. Bibir menggigil kecil. Tangan digenggam kuat.

Rizqi tarik dan hembus nafas berat. Kepala ditunduk ke bawah sebelum kembali memandang Shafira.

"Aku minta maaf sebab tengking, marah kau." Dia bersuara setelah lama mendiamkan diri. Kali ini suaranya hanya bernada biasa.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now