Part 28

2.8K 152 2
                                    

Pintu bilik dibuka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik dibuka perlahan. Kepala menjenguk sedikit ke dalam, mencari-cari figura seseorang yang amat dirindui. Dia rasa dia dah nak gila. Pergi kerja pun masih terngiang-ngiang fikirkan orang rumah. Mungkin beginilah kot perasaan orang bercinta selepas kahwin. Rasa bahagianya lain macam.

Bunyi pancuran air daripada dalam bilik air menyapa telinga. Tahulah dia Shafira sedang mandi. Pasti gadis itu baru pulang daripada window shopping. Tubuh direbahkan ke katil, berharap dapat menghilangkan rasa lelah bekerja. Penat!

Tangan mencapai beg tangan Shafira yang berada di tepinya. Baru hendak tarik, terus terkeluar semua isi di dalamnya. Kelam kabut dia bangun dari baring dan mengemas kembali barang isterinya. Kejap lagi ada yang jadi mak singa pula.

Tangan terhenti dari mengemas apabila ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Sebuah kotak bersaiz kecil berwarna putih. Kotak tersebut diamati dalam-dalam. Tubuh menggigil kecil tika menggenggam kotak tersebut. Nama yang tertera dibaca.

"Pil... perancang...?" Mati kata. Jantung terhenti sesaat. Lemah segala sendi kala ini sehingga kotak tersebut terjatuh atas lantai.

Bunyi pintu bilik air yang terkuak dari dalam dipandang tajam. Muncul figura isterinya yang terkejut dengan kehadiran dia di situ.

"Eh, abang! Kenapa tak cakap dah balik? Terkejut Fira!" Dia langsung tak dengar bunyi pintu bilik terbuka, mungkin sebab seronok sangat mandi.

Rizqi tak membalas seperti biasa sebaliknya merenung tajam segenap wajah Shafira.

"Abang?" Shafira mendekati suaminya yang hanya membisu. Tak betah melihat renungan Rizqi yang kelihatan lain daripada biasa. Kaki merapati katil sebelum langkahnya terhenti apabila tersepak sesuatu di atas lantai. Terus dia tunduk mengambil kotak kecil itu. Dia membalas pandangan suaminya.

"Apa benda ni?" Soal Rizqi tanpa nada.

Terkebil-kebil mata Shafira cuba membaca kotak yang berada di tangannya. Dahi berkerut lebat. Kepala menggeleng perlahan.

"Ni bukan Fira punya..."

Rizqi bangun dari duduk. Mencekak pinggang di hadapan isterinya. Wajahnya tika ini sukar untuk ditafsir, entah marah ataupun kecewa.

"Kalau bukan Fira punya, kenapa ada dalam beg Fira?" Tanya Rizqi, nada mula bertukar tegas. Mata langsung tak berkalih dari memandang mata bundar isterinya, mencari kejujuran.

Laju Shafira menggeleng kepala. Lidah jadi beku. Tak mampu menjawab soalan suaminya. Dia terkejut. Sejak bila kotak ni ada dalam beg dia? Kenapa dia tak perasan?

"I'm asking you, Mawar Shafira. When I'm asking you, give me the answer!" Kuat suara itu menampar gegendang telinga Shafira. Gadis itu meneguk liur. Daripada tadi dia hanya mampu menggeleng kepala.

"Kenapa abang jumpa benda ni dalam beg Fira?! Jawab!" Dia sanggup menerima apa jua jawapan isterinya tetapi dia tak sanggup melihat kesunyian Shafira. Gadis itu seolah-olah tak mahu pertahankan diri walhal dia di sini masih mahu percayakan isterinya. Dia hanya mahukan jawapan kala ini.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now