Part 17

3.1K 167 1
                                    

Kaki melangkah keluar dari perpustakaan bersama beberapa buah buku di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki melangkah keluar dari perpustakaan bersama beberapa buah buku di tangan. Sesekali dia melemparkan senyuman ke arah pelajar lain yang ada di situ. Hari ini hari bekerja jadi ramai pelajar mahupun pensyarah berada di perpustakaan mencari bahan bacaan ataupun bahan untuk tugasan.

Sedang leka dia berjalan, tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Pantas dia menyeluk beg tangan dan mencapai telefon. Bibir lebar dengan senyum melihat nama yang tertera pada skrin.

"Helo?"

"Helo, sayang. Assalammualaikum..." si pemanggil memberi salam.

"Wa'alaikumussalam..." berbunga hati setiap kali dipanggil 'sayang'. Rasa benar-benar disayangi.

"Kau dekat mana?"

"Saya dekat universiti. Saja pergi library, nak cari bahan research untuk thesis saya." Balas Shafira.

"Kau datang naik kereta ke tadi?"

"Ha'ah tapi Abang Saif yang hantarkan. Malas pula nak bawa kereta hari ini. Kenapa, awak?" Alang-alang Saif hendak ke pejabat, dia pun tumpang sekali dengan abangnya dan pinta lelaki itu menghantarnya di universiti tempat dia belajar.

"Okay, tunggu situ. Aku datang."

Tanpa sempat Shafira hendak membalas, talian pntas dimatikan oleh Rizqi. Shafira mengeluh kasar. Begitulah perangai Rizqi, dia belum habis cakap lagi tapi lelaki itu laju saja matikan talian.

"Sabar aje lah! Nasib sayang!" Rungut Shafira sendiri. Telefon dimasukkan semula ke dalam beg.

"Shafira?"

Kepala terangkat apabila terdengar namanya diseru seseorang. Terus bibir terukir dengan senyum.

"Dr. Malia?" Ujar Shafira apabila dia mengecam figura yang menegurnya.

"Yes, nasib saya tak salah orang. Awak apa khabar, Fira?" Daripada tadi dia perhati seorang gadis dari jauh, ingin ditegur tapi takut tersalah orang. Nasib baik firasatnya benar.

"Saya sihat, alhamdulillah. Dr macam mana? Sihat?" Soalnya kepada pensyarah yang mengajarnya ketika dia mengambil diploma dan degree di universiti ini.

"Sihat juga. Wah tak sangka saya dapat berjumpa awak dekat sini. Awak buat apa dekat sini?" Ucap Malia mesra.

"Saya pergi library. Saja cari bahan untuk thesis saya." Balas Shafira, sopan.

"Awak ambil master di sini?" Soal Malia dengan riak wajah yang sedikit terkejut.

Shafira angguk bersama senyuman.

"Wah, congratulations!" Dia menghulur tangan sebelum Shafira menyambut. Mereka berjabat tangan dengan mesra.

"Thank you, Dr."

"Jadi awak dah nak balik ke?"

"Nampaknya macam tu lah sebab tunang saya on the way datang sini." Balas Shafira. Walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa, Dr. Malia merupakan pensyarah yang baik. Jadi, tak kekok untuk dia berbual dengan wanita itu. Dr. Malia banyak membantunya ketika dia menjadi pelajar kepada wanita itu.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now