"Haih, macam manalah dekat sini boleh sesak?" Tidak henti-henti bibirnya mengeluh. Sudahlah dia lambat hendak berjumpa dengan orang. Boleh pula sesak di sini. Terpaksalah dia memarkirkan kereta jauh daripada tempat yang mahu ditujuinya. Dan sekarang, dia perlu berjalan kaki.
Kiri kanan manusia di sekelilingnya menolak sesama sendiri kerana kejarkan masa. Dengan dia sekali dilanggar tanpa ditoleh membuatkan kakinya tak dapat memijak tanah dengan betul.
"Aduh!" Terjelopok jatuh tubuhnya di atas jalan tar.
"Aduh, sakitnya!" Bibir meringis sakit. Mengurut buku lalinya yang mula kemerah-merahan.
"Are you okay, miss?" Secara tiba-tiba, seorang lelaki melutut di hadapannya, kepala tertunduk ke arahnya.
Natalia angkat wajah. Terus sepasang mata hitam dipanah sedalam-dalamnya. Dada berdegup kencang.
"Natalia?"
"Randika?" Gugup dia bersuara.
Randika senyum lebar. Tangan dihulur ke arah gadis itu, mahu membantu Natalia bangkit.
Lambat-lambat gadis itu menyambut huluran Randika. Sungguh, tak percaya. Sudah lama dia tak bertemu dengan Randika sejak dia membawa diri ke Dubai. Namun, takdir menyatukan mereka semula. Mereka kembali berjumpa di sini. Kebetulan.
Randika kelihatan masih sama cuma semakin tegap dan maskulin. Entah bila agaknya lelaki itu mula menyimpan kumis. Nampak lebih matang.
'Sabar, Natalia. Dia suami orang. Dah jadi bapak orang dah pun. Jangan jatuh cinta dengan dia lagi.' Jauh di sudut hati, ada yang bersuara. Menyedarkannya daripada angan yang takkan jadi kenyataan.
"Tak sangka I dapat jumpa you dekat sini, Natalia. I lupa you ada dekat Dubai." Suara Randika, mengembalikan lamunan gadis itu.
Natalia senyum. "You tu buat apa dekat sini? Ada kerja ke?"
Randika angguk. "I ada meeting dekat sini. Actually I baru sampai pagi semalam."
Natalia angguk. Terasa canggung pula bila berdua-duaan dengan Randika seperti ini walaupun mereka dikerumuni ramai orang.
"Oh by the way, kaki you okay tak? You nak I bawa pergi hospital?" Soal Randika, prihatin. Seketika mata lelaki itu melihat buku lali Natalia yang kemerah-merahan.
"Eh, okay. Tak apa. Sikit aje ni." Jawab Natalia, menyakinkan Randika.
"Kalau macam tu, kita duduk dekat kerusi depan tu lah. Kasihan you nak berdiri dengan kaki sakit macam tu." Baru Natalia hendak membalas, lengannya sudah dipaut Randika. Lelaki itu memapahnya berjalan hingga ke kerusi yang terdapat di bawah pokok.
"Slowly, Natalia." Ucap Randika sebaik saja gadis itu melabuhkan duduk. Kedengaran prihatin benar nada suara Randika. Seperti takut jika apa-apa berlaku pada Natalia.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...