Part 62

2.4K 131 7
                                    

Seharian dia hanya berkurung dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seharian dia hanya berkurung dalam bilik. Terduduk lesu di atas katil. Makan tak mahu, mandi juga sehari sekali. Sudah tiga hari dia mengambil cuti sakit hanya kerana tak dapat bekerja dalam keadaan seperti ini.

Hingga ke saat ini, dia masih berharap akan berita baik tentang isterinya tetapi hari semakin berlalu, dan dia masih tidak mendengar apa-apa khabar baik.

Dada melepaskan keluhan berat. Kepala menoleh ke sebelah. Meja sisi katil yang terdapat bingkai gambar. Gambar dia bersama Shafira. Gambar tersebut nama gembira benar seakan-akan mereka tiada masalah dan segalanya hanyalah kebahagiaan dan cinta yang tak pernah menemui penghujung. Namun, sekelip mata saja semua itu hilang. Dia di sini yang masih tidak tentu arah dengan kehilangan sang isteri dan Shafira yang tidak tahu di mana keberadaannya. Bagaimana dia bisa teruskan hidup begini?

Ketukan pintu menyedarkan Rizqi dari lamunan. Biarpun begitu, dia langsung tak toleh kepala memandang Larissa yang masuk ke dalam biliknya. Dia hanya kaku melihat bingkai gambar mereka.

"Qi, mummy ada bawa makan. Qi tak makan lagi kan hari ni? Makan sikit ya sayang?" Sebagai seorang ibu, pasti dia sedih melihat keadaan anaknya seperti ini. Rizqi tak pernah berkelakuan seperti sekarang. Walau sebesar mana pun masalah lelaki itu, Rizqi tetap kuat untuk menghadapinya kerana anaknya pandai sembunyikan ia. Tahu-tahu masalah itu sudah selesai. Tetapi, apabila melibatkan Shafira, Rizqi kian putus asa. Semakin hari semakin berubah menjadi lebih teruk daripada ketika Rizqi masih bujang.

"Qi..." Larissa duduk di birai katil. Lengan anaknya diusap perlahan apabila melihat Rizqi masih menyepi melihat bingkai gambar di meja sisi katil.

"Tak nak." Ucap Rizqi, ringkas. Itulah yang terjadi sekarang. Bila ditanya, hanya sepatah yang dijawab. Susah hendak mendengar suara anaknya kini. Rizqi lebih banyak membisu sedangkan lelaki itu sangat manja dengannya dahulu.

"Tak bolehlah macam tu, Qi. Qi dah berapa hari tak pergi kerja? Kalau kena buang kerja macam mana? Qi tahu kan pekerjaan Qi tak boleh sesuka hati untuk Qi minta cuti?" Ujar Larissa, lembut. Luluh jiwa melihat anak yang dia kandung selama sembilan bulan malah dibesarkan dengan penuh kasih sayang, berubah menjadi manusia lain.

"Macam mana Qi nak makan kalau Qi tak tahu isteri Qi kat mana, mummy? Entah makan ke tidak. Qi tak tahu, mummy! Qi tak tahu dia ada dekat mana! Qi tak tahu dia... hidup atau pun tidak..." suara yang mulanya naik seoktaf terus kendur serta-merta tika menghabiskan ayatnya. Tak! Shafira takkan meninggalkannya. Shafira takkan pergi meninggalkannya. Dia yakin isterinya masih hidup.

Larissa menggigit bibir, menahan tangis melihat anaknya seperti putus harap. Shafira benar-benar memberi impak yang besar dalam hidup Rizqi.

Tanpa menunggu lebih lama, Rizqi bangun dari duduk. Tidak sempat Larissa hendak menghalang, lelaki itu laju keluar dari bilik. Apabila dipanggil, Rizqi hanya tulikan telinga.

"Rizqi!"

"Rizqi, nak pergi mana ni?" Terbangun Randika dari duduk melihat anaknya turun dari tangga sebelum melangkah ke pintu rumah. Rose dan Shafiq juga terkejut melihat Rizqi seperti kelam kabut. Saif yang berada di situ hanya memerhati.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now