Part 44

2.7K 132 8
                                    

Terkocoh-kocoh dia mengambil beg tangan yang diletak di atas sofa sebelum melangkah ke pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkocoh-kocoh dia mengambil beg tangan yang diletak di atas sofa sebelum melangkah ke pintu. Hampir hendak terhantuk kepalanya dengan muka pintu apabila secara tiba-tiba dibuka dari luar. Terkebil-kebil mata memandang sepasang mata tajam yang juga merenungnya tak berkelip.

"Kau nak ke mana ni?" Soal Azrael apabila dia membuka pintu terlihat tubuh isterinya yang seperti baru hendak keluar.

"Keluar." Jam di tangan dikerling sekilas. Takut dah lambat!

"Keluar pergi mana? Dah nak malam lah!" Berkerut dahinya mendengar jawapan Malia.

"Nanti I baliklah. I nak cepat ni. I janji sebelum pukul 10 I balik." Dia sudah memegang tombol pintu tetapi ditahan suaminya. Tajam mata beku itu memanah tatapannya. Tiba-tiba jadi kecut pula melihat seraut wajah kosong itu.

"Nak cepat-cepat ni nak pergi mana? Faham tak bahaya keluar malam-malam?" Selagi dia tidak mendapat jawapan, selagi itu dia akan mendesak.

Malia menggaru kepala yang tak gatal. Entah alasan apa yang mahu diberi kepada suaminya.

"Ala, I nak keluar sekejap aje. Please..." suaranya bertukar lebih lembut dan mendayu, berharap Azrael akan mengizinkannya.

Secara tiba-tiba, tangannya digenggam Azrael. "Jom. Aku teman kau." Terus tangan ditarik sehingga ke luar rumah.

"Eh, Azrael, tunggulah! Rumah tak kunci ni!" Tak tergapai tangannya hendak mencapai tombol pintu kerana Azrael menariknya pantas. Kalau rumah kena pecah masuk macam mana?

"Tak payah! Guard dekat depan ada!" Suaranya naik sedikit seraya melangkah ke kereta. Pintu dibuka buat Malia. Wanita itu pula hanya diam kaku berdiri.

"Tunggu apa? Masuklah! Ke nak aku dukungkan? Boleh aje!" Dia sudah menyingsing baju hingga ke siku sebelum dadanya ditolak Malia.

"Jangan mengarut!" Sempat dijeling Azrael lantas masuk ke dalam kereta. Lelaki itu hanya jungkit senyum.

"Tahu pun!" Perlahan dia menutup pintu dan bergerak ke sebelah pemandu. Tak menunggu lama, pacuan empat roda itu perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah dan mengaum laju di jalan raya.

•••

"Patutlah kau beria nak cepat, rupa-rupanya nak tengok sunset." Ujar Azrael, memecahkan keheningan di antara mereka. Masing-masing duduk dengan kaki yang diangkat bersama lutut yang dibawa rapat ke dada. Pandangan dihala ke hadapan, lautan biru yang terbentang luas.

Malia senyum tipis. "I selalu tengok sunset dekat sini. Tak lama lagi keluarlah dia." Balasnya tenang.

Seketika Azrael menoleh memandang isterinya di sebelah. Sisi wajah Malia ditenung dalam seperti tak mahu lepas. Tanpa sedar, senyumnya terjungkit. Namun tak lama sebelum dimatikan segera. Pandangan kembali dihala ke hadapan.

"You pergi mana tadi? Awal pagi dah keluar." Malia pula bersuara.

"Rumah keluarga angkat aku." Tenang dia membalas.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now