Part 33

2.8K 155 1
                                    

Bibir terkumat-kamit menyebut nama Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir terkumat-kamit menyebut nama Allah. Sesekali dia beristighfar dengan tasbih yang berada di tangan. Kala ini, semuanya perlu bergantung pada Tuhan. Tiada guna meratap sehingga lupa untuk mencari Allah yang sentiasa menunggu hamba-hambaNya untuk meluah dan meminta bantuan.

Bahu yang disentuh dari belakang mengembalikannya dari lamunan. Air mata yang mengalir di pipi diseka lembut. Bibir mengukir senyum buat sang suami.

"Isteri abang menangis lagi ke?" Penuh lembut Randika menyoal. Duduk dilabuhkan di sebelah isterinya. Sayu hati melihat Larissa tidak berhenti mengalirkan air mata sebaik saja mengetahui berita tentang menantu mereka. Dia tahu Larissa amat menyayangi Shafira seperti anak sendiri, pastilah wanita itu juga terkesan.

"Rissa risaukan Fira. Dengan Rizqi yang tak balik-balik lagi." Untuk ke sekian kalinya dia mengeluh. Sebab itulah dia susah hati setiap kali anaknya perlu kerja di luar kawasan. Dia bimbang jika apa-apa berlaku di sini tetapi lelaki itu tak tahu. Seperti sekarang, mereka masih tak dapat menghubungi Rizqi.

Randika diam seketika sebelum membalas. "Insha Allah Fira akan kuat untuk lawan sakit dia."

"Rissa tak boleh bayangkan macam mana perasaan Rizqi nanti bila tahu isteri dia tengah terlantar dekat hospital sekarang ni. Rizqi tu sayangkan Fira sangat-sangat. Isteri yang dia jaga sebaik mungkin sekarang ni bertarung nyawa tanpa pengetahuan dia. Pasti anak kita kecewa sangat, abang..." terhinggut bahunya dengan tangisan yang pecah.

Randika mengusap belakang tubuh isterinya yang berlapik telekung.

"Sayang, ini semua di luar kawalan kita. Kita tak minta pun benda ni terjadi. Sebaik mana pun Rizqi menjaga Fira, kalau ditakdirkan untuk Fira tu kemalangan, tiada sesiapa boleh halang." Nasihatnya. Dia bukan apa, meratap dan terus menangis takkan mengubah apa-apa. Benda pun sudah terjadi. Hendak diubah sudah terlambat.

"Memang susah untuk kita reda dengan sesuatu malapetaka tapi ini semua berlaku atas izin Allah. Kita mahupun Rizqi, perlu terima dengan ketentuan Tuhan. Memang sebagai seorang umat Islam, wajib mempercayai Qada' dan Qadar." Ujian yang diturunkan Allah bertujuan untuk kita kembali padaNya. Untuk kita sentiasa mengingatinya, bukan semakin menjauh dan melupakan.

"Rissa tak sanggup tengok anak kita kecewa, abang. Dia orang baru nak rasa bahagia tapi..." kepala tergeleng, tak mampu dia teruskan kata. Apa yang terjadi terlalu pantas. Sekelip mata saja semuanya berubah. Dia sendiri tak berdaya untuk menghalang.

"Kebahagiaan itu milik Allah. Selagi mana kita berserah pada Tuhan, Insha Allah, kita akan merasai kebahagiaan tu. Jangan letakkan kebahagiaan tu pada manusia, kerana apabila mereka pergi, kita akan kecewa." Percaya. Percaya pada Allah nescaya tak ada apa yang perlu dibimbangkan untuk kemudian harinya.

Lemah Larissa mengangguk. Serba sedikit nasihat suaminya menyuntik rasa lega dalam hati. Iya, selagi ada Allah, selagi itu kita akan bahagia.

•••

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now