Part 42

2.8K 155 9
                                    

Tangan naik mengusap dada yang bergelojak dengan amarah yang semakin menghantui diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan naik mengusap dada yang bergelojak dengan amarah yang semakin menghantui diri. Seketika, terbit rasa sesal kerana terlepas kata dan menengking Shafira. Sepatutnya dia tahu, anaknya tidak sihat. Gadis itu juga tidak sengaja menepis piring kaca itu sehingga pecah. Tetapi dia yang tak dapat bersabar lagi terus mengamuk dan memarahi anaknya.

Perlahan-lahan duduk dilabuhkan di atas sofa. Mata dipejam. Tangan digenggam kuat. Nafas ditarik dan dihembus, cuba menenangkan diri.

"Mama..."

Terus kepala tertoleh kepada suara yang memanggilnya.

"Rizqi..." terlihat lelaki itu mendekatinya seraya labuhkan duduk di hadapannya. Bukan dia tak perasan, sewaktu dia keluar daripada bilik Shafira, Rizqi ada di sebalik dinding dan pastilah lelaki itu mendengar segala-galanya termasuk amukannya terhadap Shafira.

Rizqi ukir senyum tipis. Walaupun jelas hambar tetapi kerana rasa hormat, dia tetap cuba bermanis muka dengan ibu mertuanya.

"Qi minta maaf atas kata-kata Fira tadi dan perbuatan Fira yang melampaui batas. Qi tahu, kelakuan Fira memang terlalu mencabar kesabaran. Qi minta maaf bagi pihak Fira." Dengan rasa rendah diri, dia memohon maaf daripada Rose. Wanita itu jelas kaku. Jantungnya terasa terhentak kuat dengan keikhlasan menantunya. Lelaki itu sanggup merendahkan ego walaupun jelas dia yang bersalah kerana tak mampu mendidik diri untuk lebih bersabar.

"Rizqi..."

"Kalau tak sebab terpaksa, dah lama Qi bawa Fira balik rumah. Biar Qi yang jaga Fira sendiri. Qi pun tak nak susahkan sesiapa. Tapi, Fira tak boleh nampak Qi. Sebab tu, Qi buat macam ni. Jadi, Qi merayu pada mama, supaya bertahan sikit aje lagi dengan perangai Fira." Lembut dia memintas panggilan Rose kepadanya.

"Qi tahu, Fira memang keras hati dan degil. Dan Qi akui, untuk hadap perangai Fira, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Dan Qi rasa mama pun dah sedia tahu perangai Fira macam mana, tak perlu Qi nak jelaskan lebih-lebih. Tapi, kekerasan bukan jalan yang terbaik. Tambah lagi dengan keadaan Fira yang macam tu, dia tak sengaja pun, mama. Dia pun tak nak jadi macam tu. Siapa lagi nak faham dia kalau bukan kita, kan?" Masih berlembut tutur kata yang dilontarkan walaupun tidak dinafikan, dia kurang gemar dengan sikap Rose sebentar tadi. Sepanjang dia hidup dengan isterinya, bermacam-macam ragam Shafira, selalu diingatkan diri sendiri untuk kekal bersabar dan tak bertindak di luar kawalan. Oleh sebab itu, pasti dia akan marah apabila orang lain bertindak seperti itu sedangkan dia sedaya upaya cuba untuk mengawal diri.

"Kalau mama rasa mama dah penat dan tak tahan nak hadap perangai Fira, mama bagitahu Qi. Qi akan cari pembantu untuk jagakan Fira. Mama cuma pantau aje." Sambungnya lagi.

Rose mati kata. Kepala tertunduk ke bawah, tak betah menghadap wajah menantunya tika ini. Jelas ketegasan di sebalik suara garau itu. Dia akui, dia bersalah kerana tak mampu bersabar dan terlalu lancang bersuara dengan anaknya.

"Mama jangan salah faham, Qi bukan nak kurang ajar ataupun memandai-mandai buat keputusan. Tapi Qi suami Fira dan Fira di bawah tanggungjawab Qi sekarang ni. Qi akan lakukan apa saja untuk Fira selagi ianya tak memudaratkan isteri Qi."

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now