Part 54

2.5K 126 4
                                    

Hati mengeluh resah apabila sang suami hanya terlantar di atas katil daripada pagi sehinggalah sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hati mengeluh resah apabila sang suami hanya terlantar di atas katil daripada pagi sehinggalah sekarang. Randika langsung tak larat untuk bangkit dari baring. Badan lelaki itu juga panas dan semakin mendadak naik suhunya membuatkan dia jadi tak senang duduk.

"Abang, Rissa call doktor peribadi eh? Rissa risaulah." Rahang suaminya diusap penuh kerisauan.

Randika hanya membisu. Mata terpejam rapat. Namun, tangannya mencari tangan sang isteri lantas dibawa ke dada. Digenggam kemas seperti tak mahu lepas.

"Abang..." berair mata Larissa melihat suaminya lemah seperti ini. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Randika demam. Padahal sebelum ini suaminya tiada sebarang penyakit.

"Abang okay." Bibir dipaksa untuk senyum. Mata kuyu dibuka, merenung wajah sang isteri yang jelas risau.

"Abang tak okay. Abang tunggu sini, Rissa pergi call doktor." Pantas dia bangkit dari birai katil lantas bergerak ke meja solek. Telefon pintar dicapai. Nombor doktor peribadi mereka didail. Tak boleh jadi, kalau dibiarkan, nanti makin melarat. Dia pula yang tak tenang.

Randika hanya membiarkan, tiada kudrat hendak menghalang. Lagipun dia tak mahu membuatkan isterinya risau. Jika dengan memanggil doktor akan melegakan hati Larissa, dia akan turutkan.

•••

"Saya rasa, lebih baik kalau kita bawa Tuan Dika pergi hospital untuk dapatkan rawatan yang lebih lanjut. Sebab berdasarkan pemeriksaan saya tadi, tekanan darah Tuan Dika agak tinggi dan suhu badan pun naik mendadak. Kalau di hospital, kita akan buat pemeriksaan secara menyeluruh. Kita juga akan ambil darah untuk detect apa-apa masalah." Ucap doktor peribadi tersebut. Sudah lama dia bekerja dengan Keluarga Randika sejak mengambil alih tugas bapanya yang sudah meninggal dunia.

Larissa menggigit bibir. Jari jemari diramas resah. Dada berdegup pantas.

"Mungkin boleh jadi disebabkan stres dan tak cukup rehat. Maaf kalau saya tanya, Tuan Dika ada masalah ke? Ada sesuatu ke yang mengganggu kehidupan seharian dia?" Soal doktor tersebut penuh teliti.

Larissa terdiam seketika. Buntu untuk mencari jawapan kerana Randika langsung tak membuka mulut. Suaminya banyak mendiamkan diri. Dia pun tak mahu memaksa.

"Saya... tak pasti. Sebab suami saya tak ada cerita apa-apa pun. Tapi saya perasan, dia banyak termenung dan macam tak tenang. Itu apa yang saya nampaklah setakat ni." Balas Larissa perlahan.

Doktor tersebut mengangguk, faham. "Kalau macam tu, saya akan uruskan beberapa hal untuk membawa Tuan Dika ke hospital dan mendapatkan rawatan yang lebih terperinci. Rekod kesihatan Tuan Dika, saya akan serahkan kepada doktor yang lebih pakar. Puan rasa macam mana? Kalau puan setuju, saya akan terus proceed."

Larissa mengerling seketika suaminya yang terbaring lesu di atas katil. Kemudian dia memandang semula doktor yang setia menunggu jawapan daripadanya.

"Kalau macam tu, proceed aje lah." Larissa beri kata putus sekali gus mendapat anggukkan daripada doktor peribadi mereka.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now