Part 11

3.3K 189 10
                                    

Mulut ternganga kecil menyedari tubuh kecil seseorang berada di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulut ternganga kecil menyedari tubuh kecil seseorang berada di hadapannya. Figura itu tersenyum lebar ke arahnya.

"Sorry lambat, bro..." muncul seseorang dari belakang seraya berjabat tangan dengannya. Senyum tipis ditarik. Mata kembali memanah wajah mulus yang berada di sebelah Saif.

"It's okay. Aku pun baru sampai." Balasnya.

"Hai, Rizqi!" Tangan laju melambai ke arah si lelaki. Namun, Rizqi hanya diam bersama senyum cukup tipis.

"Eh, duduklah. Nanti kena order air kat kaunter." Pelawa Rizqi. Saif dan Shafira sama-sama mengambil tempat masing-masing. Pada mulanya, gadis itu mahu duduk di sebelah abangnya tetapi tiba-tiba dia menarik kerusi di sebelah Rizqi. Pantas punggung dihenyakkan di situ. Rizqi yang melihat terkedu seketika. Saif hanya menggeleng perlahan.

"Aku pergi order air dulu lah. Kau nak air apa?"

"Hot coffee."

"Fira?"

"Ha?" Gadis itu seperti tak fokus dengan pertanyaan abangnya kerana daripada tadi dia perhati Rizqi. Rindu betul dia hendak tatap wajah tampan itu. Rizqi tak rindu dia ke eh?

"Nak air apa?" Saif ulang soalan.

"Err, ice lemon tea."

Saif angguk bersama langkah yang dibawa ke kaunter, meninggalkan Rizqi dan Shafira di meja.

Suasana sunyi seketika. Shafira berdehem perlahan.

"Awak sihat?" Soal gadis itu memecahkan kesunyian antara mereka.

"Sihat."

"Rasa macam dah lama kan kita tak jumpa?" Dia cuba mencari topik perbualan namun Rizqi seperti malas hendak melayannya.

Shafira tarik nafas dalam-dalam. Cuba menggali sedalam mungkin kesabaran yang ada. Kalau berhadapan dengan Rizqi, hati memang kena kental. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Awak, pasal kahwin tu..."

"We're not going to talk about this, Fira. Dan aku harap sampai situ aje. Parents kita tak patut tahu pasal ni." Pintas Rizqi dengan renungan tajam. Hanya seketika sebelum dia kembali menatap skrin telefon.

"Why not? Saya serius dengan apa yang saya cakap. Awak ada nampak saya macam main-main ke?"

Rizqi hanya diam.

"Rizqi, saya memang betul-betul sukakan awak dan saya memang nak kahwin dengan awak."

"Kau sedar tak kau tu perempuan?"

"So, kalau perempuan pun kenapa? Apa salahnya kalau saya mulakan dulu? Biarlah orang nak cakap saya ni macam perigi cari timba sekalipun, yang penting saya tahu apa yang saya nak." Laju Shafira matikan soalan Rizqi.

Lelaki itu hanya mampu geleng kepala. Tak tahu nak cakap apa lagi. Dah berbuih mulut dia, menghalang niat Shafira tetapi gadis itu tetap keras kepala.

"Saya ikhlas nak kahwin dengan awak." Dia masih tidak berputus asa untuk mencuba. Dia sendiri tak tahu mengapa dia begitu nekad. Sejak mereka berjumpa hari itu, Shafira sering memikirkan tentang mereka. Dia terasa seperti tertarik untuk mengenali Rizqi walaupun dia tak tahu apa menarik yang dimaksudkan.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now