Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya bunyi sudu dan garpu yang sesekali berlaga di atas pinggan. Semua leka menikmati makanan. Untuk beberapa ketika, Shafiq bersuara.
"Ha Rizqi, nak tambah nasi lagi? Nampak macam dah nak habis tu."
Rizqi angkat kepala seraya geleng sekali.
"Tak apa, uncle. Saya dah kenyang dah." Tolak Rizqi penuh hormat. Seketika matanya teralih ke arah Shafira yang duduk di sebelah Saif, di hadapannya. Pandangan mereka berlaga seketika disebabkan Shafira yang daripada tadi tak berhenti merenung.
"Eh, sikitnya makan! Jaga badan ke apa?"
Rizqi kembali memandang Shafiq. Tersenyum kecil.
"Tak ada lah. Cuma dah kenyang."
"Kerja macam mana? Okay ke?" Ramah Shafiq bertanya, sekadar mengisi kesunyian di antara mereka. Dia pun susah benar hendak berjumpa dengan Rizqi sekarang, bila ada masa, mahulah berborak panjang sedikit.
"Kerja okay, uncle. Alhamdulillah."
"Ada nak kena pergi operasi lagi ke?"
"Buat masa ni tak ada lagi, uncle."
Shafiq angguk. Tangan kembali menyuap nasi ke dalam mulut.
"Siapa sangka kan, takdir Tuhan tu tak pernah salah."
Randika mengerut dahi dengan kata-kata sahabatnya.
"Maksud kau?"
"Iya lah, si bapak dulu bad boy. Keluar masuk kelab malam macam masuk kedai makan. Asyik digosipkan dengan perempuan itulah, perempuan inilah. Pergi sana sini aje muka bapaknya. Sampai kat anak, jadi penyelamat negara pula."
Randika dan Rizqi ketawa serentak. Yang lain juga tersenyum kecil. Bila dikenang kisah lalu, ada yang manis, ada juga pahitnya. Namun, yang pahit itu dijadikan pengajaran untuk jadi lebih baik.
Rizqi mengangguk mengiyakan. Bukan dia tak mahu mengikut jejak Randika dan menyambung legasi lelaki itu, tetapi minatnya lebih cenderung ke arah ketenteraan. Mujurlah ada Rhea yang boleh diharap oleh Randika untuk menjaga perniagaannya.
"Aib aku tak payah diceritakan!" Randika membidas dengan sisi tawanya. Kalau difikirkan kisah dulu, memang geleng kepala sahajalah.
"Itu bukan aib. Kadang-kadang kita kena sentiasa beringat dengan kisah lalu kita. Bukan untuk dikenang tapi kerana ia juga sebahagian daripada hidup kita." Panjang lebar Shafiq membalas.
Randika mengangguk bersetuju. Dia bersyukur kerana Rizqi tak mengikut jejaknya. Mahu sakit kepalanya hendak menguruskan anaknya nanti. Sebagai seorang ayah, dia pasti tak mahu kejahilannya suatu waktu dulu, diikuti oleh generasinya. Biarlah yang baik-baik saja dituruti. Kalaulah dia boleh putar masa, akan dia perbaiki diri jadi lebih baik dan tak sentuh benda-benda haram seperti itu. Tapi, siapalah kita hendak memutarkan waktu yang sangat mustahil untuk dilakukan. Sekarang ini pun dia cukup bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang baik.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...