Part 36

2.7K 143 3
                                    

Tidak berhenti dia senyum apabila dia diberitahu keadaan isterinya semakin membaik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak berhenti dia senyum apabila dia diberitahu keadaan isterinya semakin membaik. Doktor sendiri tidak sangka Shafira akan sedar dalam masa terdekat ini memandangkan harapan untuk gadis itu hidup sangat tipis. Namun, tiada yang lebih baik daripada perancangan Tuhan.

Perlahan dia buka pintu sebelum pandangan terhala ke arah isterinya yang baring merenung luar jendela. Setiap kali dia melihat isterinya sedar, kata syukur tak pernah lupa untuk diucap.

Tadi, dia sempat memaklumkan pada keluarga mereka semasa doktor memeriksa keadaan Shafira. Baru sekarang dia dapat melihat isterinya di depan mata.

"Sayang..." Rizqi mendekati Shafira. Punggung dihenyak di birai katil.

Perlahan-lahan Shafira toleh memandang lelaki yang hanya beberapa inci daripadanya. Dahi berkerunyut.

"Alhamdulillah, sayang abang dah sedar. Abang bersyukur sangat, sayang." Lembut tatapan matanya memanah mata kuyu Shafira. Gadis itu hanya diam tanpa berniat hendak bersuara. Mungkin isterinya masih perlukan masa selepas baru beberapa jam sedar dari koma.

"Abang minta maaf sebab tak jaga Fira dengan baik. Abang..."

"Awak siapa?" Laju Shafira memintas kata-kata Rizqi. Lelaki itu tergamam serta-merta.

"Kita kenal ke?" Tak terkeluar nada suara gadis itu. Dia kurang selesa apabila berdua-duaan dengan lelaki yang tak dikenali.

Nafas Rizqi terasa sesak. "Sayang, ni abang... suami Fira."

Shafira menggeleng perlahan. "Tak mungkin. Suami saya tak macam ni. Suami saya tengah kerja sekarang ni. Dia belum balik lagi. Awak siapa?"

"Sayang, ni abang. Abang dah balik, sayang. Abang dah lama balik." Rizqi bangun dari duduk. Dia baru hendak mencapai tangan Shafira, pantas gadis itu menepis kasar.

"Tak! Saya tak kenal awak! Awak bukan suami saya!" Jerit Shafira tiba-tiba.

Rizqi telan liur perit. "Sayang..."

Shafira geleng dengan wajah yang penuh ketakutan. "Awak keluar sekarang. Saya tak kenal awak. Lebih baik awak keluar sebelum saya jerit. Keluar!" Dia bangun dari baring lantas menolak lengan Rizqi jauh daripadanya.

"Sayang, ni abang..." sedaya upaya dia cuba untuk mengembalikan ingatan isterinya. Takkan Shafira hilang ingatan? Setahunya doktor yang merawat isterinya langsung tak memberitahu apa-apa melainkan keadaan isterinya yang semakin pulih.

"Eh, kau tak faham ke?! Aku tak kenal kau lah! Keluar! Keluarlah!" Shafira memberontak dengan air mata yang mengalir lesu ke pipi. Gelas yang berada di atas meja sisi katil pantas digapai sebelum dicampak ke arah Rizqi. Nasib baik lelaki itu mengelak. Terus pecah berderai gelas itu apabila tercampak ke dinding.

"Sayang, kenapa ni? Jangan macam ni, sayang. Ini abang..."

"Keluarlah! Aku tak kenal kau! Kau penjahat! Kau nak bunuh aku, kan?! Keluar!" Gadis itu meracau-racau. Bantal-bantal yang ada di atas katil juga dicampak ke arah Rizqi.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now