Part 19

3.6K 185 17
                                    

Hampir sepuluh minit dia duduk di atas sejadah bersama senyuman yang lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir sepuluh minit dia duduk di atas sejadah bersama senyuman yang lebar. Tak berhenti dia mengelus cincin yang tersarung di jari manisnya pagi tadi. Perasaan indah yang dia rasa tika ini membuatkan hatinya terasa tenang.

Namun, semua itu hanya seketika sebelum ketukan pintu kedengaran. Pantas dia membuka telekung dan dilipat lantas diletak atas katil. Sejadah juga dilipat.

"Sekejap." Laungnya dari dalam. Rambut dibetulkan sedikit sebelum melangkah ke pintu. Memandangkan mereka mengadakan majlis sanding pada hari esok, mereka diarahkan untuk tidur di hotel yang ditempah untuk majlis mereka supaya dapat memudahkan dia dan Rizqi untuk bersiap nanti.

Dia membuka pintu sebelum kornea mata menangkap tubuh yang amat dikenalinya.

"Hai, sayang!" Ucap Rizqi mesra.

"Hai..." dia terkejut dengan kehadiran Rizqi di hadapan biliknya.

"Sayang buat apa tu? Tidur ke?" Rizqi mengintai belakang Shafira seketika sebelum kembali memandang isterinya.

"Eh tak lah. Saya baru lepas solat. Kenapa?"

"Okay, bagus. Bolehlah kita tidur sekarang sebab abang pun dah solat." Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik isterinya, namanya dilaung kuat dari tepi.

"Rizqi Lutfan!"

Terhinggut bahu Rizqi dibuatnya.

"Iya, mummy?"

"Buat apa dekat bilik Fira ni?" Soal Larissa dengan tangan bercekak pinggang.

"Err, nak tidur lah. Esok kan ada majlis lagi. Mana boleh tidur lewat, mummy." Balas Rizqi dengan wajah yang polos.

"Siapa cakap Qi boleh tidur dalam bilik Fira?"

Rizqi mengerut dahi.

"Kenapa Qi tak boleh tidur dengan Fira? Mummy, kami kan dah nikah pagi tadi. Takkan mummy lupa." Jawab Rizqi tanpa rasa bersalah.

"Mummy tak lupa. Tapi walaupun Qi dah bernikah dengan Fira pagi tadi, Qi tak boleh tidur dengan Fira malam ni." Tegas Larissa.

"Kenapa pula? Salah ke? Tak berdosa pun!" Jawab Rizqi tak mahu kalah.

"Memanglah tak salah tapi kita kena ikut adat. Selagi belum bersanding, selagi tu Qi tak boleh tidur dengan Fira." Larang Larissa.

Rahang Rizqi jatuh. Shafira hanya tersenyum kecil melihat reaksi suaminya.

"What? Kenapa pula?" Dia masih tak berpuas hati.

"Kita kan orang Melayu. Kita kena ikut adat, Rizqi Lutfan." Jelas Larissa. Tergeleng kepalanya dengan sikap Rizqi. Nasib baik dia perasan tadi kalau tak mungkin entah apa lah jadi nanti.

"Alaaa..." bahu Rizqi jatuh. Wajah mula muram.

"Tak ada 'ala-ala', pergi masuk bilik Qi sekarang. Jangan kacau Fira nak berehat." Arah Larissa.

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now