Part 64

2.7K 126 1
                                    

"Encik, suami saya macam mana?" Shafira pantas mendekati Huzair apabila melihat lelaki itu melangkah keluar daripada bangunan, bersendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Encik, suami saya macam mana?" Shafira pantas mendekati Huzair apabila melihat lelaki itu melangkah keluar daripada bangunan, bersendirian.

Huzair memandang lama wajah Shafira. Kepala menggeleng perlahan. "Kapten suruh kita pergi daripada sini. Tak lama lagi tempat ni akan meletup."

Air mata Shafira jatuh setitis. "Habis tu, suami saya macam mana? Dia kat mana? Kenapa dia tak keluar lagi?"

Huzair mengeluh. Dia juga buntu alasan apa yang harus diberikan kepada Shafira. "Kapten dah tak larat nak bangun."

"Tak! Dia kena bangun! Saya nak masuk!" Baru sahaja dia mahu melepasi Huzair, lelaki itu bertindak memegang pergelangan tangannya, nasib baik berlapik.

"Tak boleh, puan. Tak lama lagi tempat ni akan meletup. Kapten minta kita pergi daripada sini." Halang Huzair.

"Habis tu, awak nak saya biar suami saya mati dekat dalam?!" Akibat emosi terganggu, suaranya naik seoktaf.

"Tapi pilihan apa lagi yang kita ada? Kapten minta saya bawa puan balik dengan selamat. Puan tak boleh macam ni..."

Shafira menggeleng. "Saya nak suami saya! Saya sanggup mati dengan dia daripada duduk sini tengok dia mati depan mata!"

"Tak boleh, puan. Tolonglah jangan buat saya macam ni. Kalau puan ikut masuk dalam, saya akan lebih rasa bersalah sebab tak boleh ikut permintaan kapten." Pujuk Huzair, sewaktu dia keluar tadi, bangunan tersebut penuh dengan asap yang dia sendiri tak pasti datang dari mana.

"Pergi matilah permintaan dia! Saya nak dia sekarang ni!" Sekali lagi langkahnya dihalang apabila Huzair bertindak menarik pergelangan tangannya jauh daripada bangunan tersebut.

"Lepaskan aku! Aku nak suami aku!" Shafira terlihat seperti dirasuk kala ini. Tak berhenti dia menangis.

"Saya minta maaf, puan tapi saya terpaksa buat macam ni." Disebabkan tubuh Shafira tidaklah seberat mana, jadi tak terlalu sukar untuk dia mengheret gadis itu jauh daripada bangunan tersebut.

Dari jauh, Azrael hanya perhati Shafira mengamuk. Tipulah jika dia kata dia tak terkesan dengan situasi sekarang. Mengikut perancangannya, dia mahu mereka semua mati bukan hanya Rizqi tetapi sekarang lain pula jadi apabila dia dan Shafira sudah keluar dan Rizqi masih tak munculkan diri. Apa benar Rizqi tak kuat hendak bangkit?

"Tak! Aku nak suami aku! Abang!" Jerit Shafira. Semakin lama dia ditarik semakin jauh. Hendak merentap tangannya semula pun dia sudah tak larat. Hanya raungan dan tangisan yang bergema.

Tidak lama kemudian, bunyi letupan meledak kuat menghancurkan bangunan tersebut. Semua yang berada di situ tunduk ke tanah dengan tangan menekup telinga kerana bunyi yang terhasil sangat kuat. Nasib baik mereka semua sempat menjauhkan diri.

"Abang!!!" Setelah beberapa minit, Shafira buka mata lantas tubuh kembali bangkit mahu berlari ke arah bangunan tersebut tetapi pantas dihalang Huzair.

"Abang, jangan tinggalkan Fira! Abang!!!" Bangunan di hadapan mata yang sudah ranap dan hancur membuatkan jiwanya goyah dan dia seperti tak dapat rasa kakinya lagi. Lutut longgar serta-merta. Rizqi tak keluar daripada situ...

𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄Where stories live. Discover now