Maksud:
Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) merujuk kepada keadaan mental dimana pesakit mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman lalu.Pengalaman melalui peristiwa traumatik boleh jadi sangat membinasakan bagi ramai orang. Tetapi, sebahagian orang menghidapi PTSD selepas mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan jalan raya, peperangan, keganasan fizikal, penderaan seksual, pengabaian dan penderaan fizikal kanak-kanak dengan sangat teruk atau insiden bencana alam semula jadi seperti Tsunami dan kebakaran.
Simptom-simptom:
• Pesakit tak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD. Semasa pesakit mengalami PTSD, pesakit boleh menghilangkan rasa trauma tersebut berulang kali melalui imbas kembali (flashback), halusinasi, dan mimpi ngeri.• Pesakit mengelakkan diri dari kehidupan sosial. Pesakit sering berasa takut sehingga mengalami serangan panik. Jadi, mereka berharap untuk tidak menemui orang lain atau mengelakkan diri dari manusia, tempat, fikiran, atau situasi yang boleh mengingatkan mereka kepada trauma tersebut.
• Pesakit akan mengalami emosi yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Ini bermakna, pesakit akan lebih mudah marah atau lebih depresi/perubahan mood kerap berlaku.
• Pesakit mungkin akan mengalami masalah berkait dengan orang lain termasuk merasakan/menunjukkan masih sayang dan berasa resah/mudah terkejut.
• Pesakit mungkin mengalami masalah untuk tidur atau fokus.
• Dari sudut fizikal, pesakit mungkin mengalami simptom seperti tekanan darah dan degupan jantung tinggi, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah.
Cara Untuk Dirawat:
- Rawatan psikoterapi yang sering digunakan bersama ubat-ubatan.- Pesakit perlu belajar skil untuk menghadapi simptom dan membantu pesakit rasa lebih baik.
- Terapi kognitif membantu pesakit untuk mengenal pasti apa yang membuatkan pesakit tersekat dalam memori tersebut.
- Terapi pendedahan membantu pesakit untuk menghadapi dengan selamat apa yang membuatkan pesakit rasa takut supaya pesakit dapat belajar cara mengatasinya dengan efektif.
- Desensitasi dan pergerakan mata ialah pemprosesan semula dengan satu rangkaian pergerakan mata terpandu membantu pesakit memproses memori traumatik dan mengubah cara mereka bertindak balas terhadapnya.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...