Renungannya sangat tajam tanpa dilarikan pandangan. Daripada tadi dia hanya berdiri dengan tangan yang disilang ke dada. Khusyuk melihat Zana yang sedang melakukan rawatan terhadap isterinya. Dia, hanya lihat daripada jauh. Tak mahu mengganggu jauh sekali menyampuk. Setiap helaan nafasnya diselangi rasa berat yang sering bermukim di dada.
'Sikit aje lagi, Fira. Lepas tu, abang takkan biarkan Fira jauh daripada abang lagi.' Getusnya sekadar dalam hati.
Sebagai pesakit yang menghidap masalah mental, bukan sesuatu yang mudah untuk diatasi. Bukan juga sesuatu perkara yang boleh dibanggakan dan terlihat hebat kerana lain daripada yang lain sedangkan pesakit mental sangat terseksa dengan penyakit mereka.
Sebelum ini, dia hanya pandang remeh hal sebegini sehinggalah isterinya sendiri yang menghidapnya. Banyak juga yang dia belajar untuk berhadapan dengan pesakit seperti Shafira. Namun, dia yakin, atas sokongan orang sekeliling dan kekuatan rohani, pasti dapat disembuhkan.
"Khusyuk betul tengok isteri ya, Encik Rizqi?" Seloroh Saif menghentikan lamunannya. Pantas dia toleh sedikit seraya ukir senyum tipis.
"Dia memang jauh daripada aku. Tapi dia takkan jauh daripada pandangan aku." Balasnya bersahaja.
Saif mencebik. Orang tengah dilamun cinta, bercakap pun terselit bunga-bunga cinta. Manis memanjang.
"Oh ya, aku lupa nak tanya. Macam mana dengan kes Fira? Kau ada upah penyiasat peribadi kan?" Saif menukar topik perbualan apabila dia teringat tentang kes yang diuruskan Rizqi kala ini.
Rizqi mengeluh mendengar soalan Saif. "Aku ada upah tapi buat masa ni tak ada apa-apa maklumat lagi. Penyiasat aku ada cakap, mungkin penjenayah tu bukan biasa-biasa."
"Maksud kau?"
"Dia handal buat benda-benda macam ni. Sebab tu susah nak jejak dia. Yang aku pelik, dia boleh munculkan diri sampai langsung tak tinggalkan kesan." Kepala digeleng kesal.
"Licik." Sepatah Saif menjawab mengundang anggukkan Rizqi.
"Mesti dia dah rancang semua ni dari awal lagi. Sebab tu, semuanya berjalan dengan lancar." Sambung Saif lagi. Keluhan dilepaskan dari dada.
Rizqi mendiamkan diri. Tiada komen. Apa yang dikatakan Saif semuanya benar belaka.
"Kau rasa siapa yang tergamak buat semua ni?" Dia kembali bersuara apabila melihat Rizqi hanya menyengap.
Rizqi angkat bahu. "Mungkin musuh aku. Tapi... sepanjang aku jalankan operasi aku, semuanya mati dekat tangan aku. Tak ada seorang pun terlepas." Sampai ke hari ini, dia tiada jawapan untuk soalan itu kerana dia juga turut buntu.
"Tak mungkinlah Fira. Fira tu bukan ada kawan sangat. Siapa aje nak berdengki dengan dia?" Saif pula bersuara.
Tiba-tiba, Rizqi dan Saif saling berpandangan sebelum mereka serentak bersuara.
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...