"Iya encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Sopan jururawat itu bertanya, yang menjaga kaunter pertanyaan hospital.
"Boleh saya tahu ada tak pesakit yang bernama Randika Daniel dekat sini?" Soalnya perlahan, cukup dia dan jururawat itu sahaja yang tahu. Sesekali mata mengerling ke kiri dan kanan, tak mahu ada yang mendengar.
"Sekejap ya, encik. Biar saya tengok dulu." Jururawat itu terus menekan papan tetikus sambil menatap skrin komputer dengan tekun.
Lelaki yang berdiri di hadapan kaunter masih setia menunggu. Sesekali dia mengetuk meja kaunter dengan jarinya.
"Iya, encik. Ada. Pesakit bernama Randika Daniel baru masuk hospital semalam. Kenapa ya, encik?" Beritahu jururawat tersebut.
"Dia masuk hospital kenapa, ya?"
"Kalau tengok dalam sistem, sebab demam panas dan tekanan darah yang tinggi. Jadi doktor akan lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruhlah terhadap pesakit termasuk ambil darah untuk tahu lebih lanjut." Jawab jururawat itu lagi, setia menerima apa jua soalan daripada sesiapa.
"Boleh saya tahu siapa doktor yang in charge ke atas dia?" Masih lagi menyoal lagak seperti penyiasat.
"Erm, Doktor Wina."
"Kalau saya nak buat appointment untuk berjumpa dengan doktor tu, boleh?"
Jururawat itu angguk. "Tapi atas urusan apa, ya? Kami boleh periksa encik dahulu sebelum dihantar kepada Doktor Wina untuk pemeriksaan yang lebih lanjut."
Lelaki itu menggeleng kecil. "Saya ada urusan peribadi dengan dia. Hanya dengan dia." Tegas kata-kata terakhirnya, berharap jururawat itu memahami.
"Baiklah. Kalau macam tu, encik boleh isi dulu borang ni dan serahkan pada saya bila dah siap. Boleh?" Kertas bersaiz A4 itu diberikan kepada lelaki tersebut sebelum disambut kemas. Laju tangan kekar itu menulis, mengisi borang.
Tanpa disedari sesiapa, Rizqi di sebalik tiang hanya berdiri kaku mendengar perbualan jururawat di kaunter dan lelaki yang tidak dikenalinya. Aneh, mengapa lelaki tersebut bertanya perihal Randika? Apa kaitan mereka berdua? Yang lebih menghairankan, lelaki itu mahu berjumpa dengan doktor yang merawat daddynya. Mengapa?
•••
Pintu di hadapan diketuk tiga kali sebelum suara dari dalam menyahut. Sudah mendapat keizinan, dibuka pintu lantas diayun kaki masuk ke dalam.
"Tuan..." tangan diangkat, menabik hormat.
"Iya, Rizqi? Ada apa-apa ke kamu nak berjumpa dengan saya?"
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Roman d'amour[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...