𝓝𝓸𝓪𝓱 | Pʀᴏʟᴏɢᴜᴇ

308 13 0
                                    

    
     
    Mata hazelnya kini menatap sayu rumah agam mewah di hadapannya. Kini, pengawal yang menjaga pintu masuk pagar rumah agam itu tumbang di tumbuk jejaka itu.

  Bukan sekali, malah berkali-kali.

  Dia mengerling pula papan nama yang terletak elok di dinding sebelah pagar tersebut. ' Tengku Adrian Mansion '.

  Mata dipejam rapat.

   ' Dont be weak Aadyan Noah '

   Laju badannya dipusingkan ke belakang selepas mengerling jam tangan. Pukul 12 malam. Keluarganya akan tersedar jika dia masih statik berdiri di situ. Baik dia beredar sekarang sebelum gerak-gerinya diketahui.

  Sebatang kara jejaka yang bernama Tengku Aadyan Noah tersebut bergerak keluar dari kawasan rumah agam mewah itu.

Sepanjang perjalanan, fikirannya mula memikirkan semua perkara. Dari positif sehinggalah negatif.

  Betul kah apa yang dia buat sekarang? Dengan melarikan diri?

  Adakah mereka akan membencinya selepas ini?

  Namun, jika dia tidak berbuat begitu, adakah keluarganya masih selamat?

  Mampukah dia melindungi keluarga tercinta?

  Ah, apa-apa sahajalah! Yang penting, dia ingin mengurus dirinya dahulu.

   Deringan dari poket seluar menyebabkan Tengku Aadyan Noah terus mencapai telefonnya dari dalam poket.

  Ikon hijau digesek selepas melihat nama pemanggil.

  " Ready? " soal suara dari balik talian.

  Aadyan diam seketika sebelum dia kembali bersuara.

  " Yes. I want to end all of this " balas Aadyan yakin sebelum telefon canggihnya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar jeans.

  ' I'm sorry mommy, daddy '

  Terpaksa. Dan tidak rela. Ada sebab mengapa jejaka muda itu melakukan perkara ini. Larikan diri, dan tak akan pernah lagi munculkan diri.

  Tapi, benarkah mereka sekeluarga tak akan berjumpa lagi? Takdir Allah akan menentukannya.

  Segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa.










❀᯽❁

" بل الله مولكم,وحو خير النصرين "

   But Allah is your protecter, and he is the best of helpers. 

   
  

𝑯𝒊𝒔 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 | ℂWhere stories live. Discover now